NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KitaJaga tambah kategori bantuan “Kecemasan Banjir Kilat”


KitaJaga telah dimulakan ketika pandemik Covid-19, yang membolehkan orang ramai membantu satu sama lain. Kini, dengan bencana banjir kilat yang melanda sejumlah kawasan di seluruh negara, KitaJaga bergerak pantas, dan telah menambah kategori “Kecemasan Banjir Kilat” pada platform berkenaan.

Dengan langkah ini, orang ramai yang terjejas dan memerlukan bantuan boleh menggunakan platform berkenaan – selain yang lain boleh menyemak dan menawarkan bantuan kepada mereka yang terjejas yang berhampiran.

Untuk menggunakan platform berkenaan, pengguna boleh ke laman Kitajaga.co, dan seterusnya memilih kategori “Kecemasan Banjir Kilat”. Laman ini menggunakan ciri geolokasi bagi memudahkan orang ramai mengetahui keperluan bantuan berhampiran.




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo