NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Undi18 diwarta, berkuat kuasa 15 Dis




PETALING JAYA: Dasar Undi18 dan pendaftaran pengundi secara automatik sudah diwartakan serta akan dilaksanakan mulai 15 Dis ini, kata Pengasas bersama MUDA, Lim Wei Jiet.

Beliau memuat naik tangkap layar warta persekutuan itu di Twitternya hari ini, yang disifatkannya “kemenangan buat demokrasi dan belia”.

Warta itu menyatakan Yang di-Pertuan Agong menetapkan 15 Dis sebagai tarikh untuk pindaan Undi18 dikuatkuasakan.

Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri ke-12 pada 18 Dis ini.

Pindaan Perlembagaan diwartakan pada 25 Nov lalu.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberi jaminan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik akan dilaksanakan sebelum 31 Dis ini atau Putrajaya akan dianggap menghina mahkamah jika gagal berbuat demikian.

Mahkamah Tinggi Kuching pada 3 Sept lalu memerintahkan penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dan pendaftaran pemilih automatik dilaksanakan sebelum 31 Dis ini.

Cadangan pindaan itu diluluskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo