NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sarawak: Matlamat PSB masih kabur, kata DAP Sarawak




PETALING JAYA: DAP Sarawak mempersoalkan sama ada Parti Sarawak Bersatu (PSB) serius untuk membentuk kerajaan negeri memandangkan parti itu belum mempunyai calon Ketua Menteri yang layak.

Kenyataan daripada Chong Chieng Jen selaku Pengerusi DAP Sarawak bagi jawapan balas kritikan Presiden PSB Wong Soon Koh terhadap kemampuan partinya menjadi kerajaan di Sarawak.

Chong membuat perbandingan dengan kejayaan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum (PRU) 2018 apabila mempunyai Perdana Menteri dan bersedia memimpin kerajaan.

“Tiada parti politik yang hanya mahu menjadi parti pembangkang selama-lamanya, tetapi sebagai sebuah parti politik, seseorang itu perlu memahami realiti dan keadaan sekeliling di mana mereka bergerak,” katanya.

Sebelum ini, Wong dipetik berkata, PSB dan DAP Sarawak tidak bersetuju dengan cara Gabungan Parti Sarawak (GPS) mentadbir Sarawak tetapi mereka tidak berkongsi matlamat yang sama.

“Kami (PSB dan DAP) tidak bersetuju dengan cara GPS mentadbir Sarawak. DAP yakin ia menjadi parti pembangkang yang kuat dan PSB mampu menggantikan GPS sebagai kerajaan,” katanya.

Chong juga mempersoalkan agenda sebenar PSB, sama ada ia betul-betul mahu membawa perubahan di Sarawak atau hanya mahu memenangi beberapa kerusi dan kemudian kembali kepada GPS untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Dalam pilihan raya negeri ini, kami (DAP) menetapkan matlamat kami untuk menafikan majoriti dua pertiga GPS bagi memastikan semak dan imbang yang lebih kuat di DUN (Dewan Undangan Negeri), dan membuka jalan untuk perubahan kerajaan dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

“Dengan kenyataan Wong, kini jelas bahawa mereka hanya mahu menjadi kerajaan. Ada kemungkinan jika PSB tidak mempunyai angka mencukupi untuk membentuk kerajaan, mereka berkemungkinan melompat, menukar kem dan menyertai GPS.” - FMT


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo