NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak perlu ke balai, Balai polis bergerak sendiri pergi ambil laporan


Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantar balai polis bergerak ke pusat pemindahan sementara untuk membantu mangsa banjir membuat laporan polis. - Foto FB Hamzah Zainudin

KUALA LUMPUR: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak perlu ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan berhubung kes kehilangan barang dan harta benda mereka, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Ini kerana katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri yang akan pergi ke PPS untuk mendapatkan perincian berhubung keadaan itu daripada mangsa.

Beliau berkata, seluruh balai polis bergerak di kawasan terjejas sudah digerakkan ke lokasi penempatan itu bagi membantu mangsa banjir membuat laporan polis secara manual.

"Tahniah PDRM. Mudahkan urusan mangsa banjir.

"Mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS di seluruh negara tidak perlu khuatir untuk membuat laporan polis berkenaan kes kehilangan barang dan harta benda mereka.

"Pihak polis akan cuba sedaya upaya memudahkan urusan mangsa banjir di waktu sukar ini. Polis dan masyarakat, berpisah tiada!" katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, malam ini.

-- BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo