NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Antara Medium Utama Perkongsian Berkenaan Banjir Di Malaysia – Mencecah 5 Juta Tweet, 5 Tanda Pagar Popular di Twitter


Twitter kini berkongsi mengatakan antara 18 ke 21 Disember 2021, Tweet berkaitan banjir kilat di Malaysia hampir mencecah 5 juta Tweet secara global.

Ini diterajui oleh lima tanda pagar yang hangat digunakan oleh semua, iaitu #DaruratBanjir, #BanjirDarurat, #Banjir, #RakyatJagaRakyat dan juga #KitaJagaKita.



Twitter telah menjadi platform yang dituju ramai dalam bukan sahaja untuk mendapatkan makluman dan status terkini banjir, tetapi juga dalam komuniti setempat membantu satu sama lain, menguruskan bantuan, menguruskan sukarelawan dan sebagainya.

Malah ramai juga yang turut berkongsi butiran mangsa yang terperangkap dalam usaha menyelamatkan mereka. Tidak ketinggalan juga orang yang melakukan biayasama dalam mengumpul dana untuk membantu meringankan beban.

Twitter juga turut berkongsi cadangan dimana pengguna boleh menggunakan Twitter Lite untuk mengelakkan masalah sambungan daata, terutamanya di kawasan yang terjejas.

-- AMANZ


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo