NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sudah Boleh Beli Tesla Pakai Kriptowang Di Malaysia



Arena kriptowang memperlihatkan peningkatan drastik pada tahun ini dari segi nilai dan juga penyertaan orang ramai. Hal ini sekaligus membuatkan pelbagai syarikat turut menerima kriptowang sebagai salah satu medium pembayaran.

Terbaru, di Malaysia, CHY Autoworld Sdn Bhd dilihat turut menerima kriptowang sebagai medium pembayaran untuk membeli kenderaan. Pelbagai kenderaan ditawarkan, termasuk Tesla.

Dengan langkah ini, mereka yang mempunyai kriptowang turut boleh membeli kenderaan menggunakannya, tanpa perlu melakukan tukaran kepada matawang biasa terlebih dahulu.

Menurut CHY Autoworld juga, melalui syarikat mereka, orang ramai turut boleh melakukan pembelian hartanaha pemaju utama di Malaysia menggunakan kriptowang. Mereka akan menerima kriptowang daripada pembeli, dan seterusnya melakukan bayaran kepada pemaju dalam bentuk ringgit.

Adakah selepas ini, kita akan melihat lebih ramai turut menerima medium bayaran berasaskan kriptowang?

-- AMANZ



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo