NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Takut tengok hujan, Penduduk Hulu Langat trauma ditimpa banjir besar


HULU LANGAT: Hujan lebat dan ribut petir di daerah Hulu Langat petang ini menyebabkan sebilangan penduduk yang rata-rata terdiri daripada mangsa banjir berasa takut.
Mereka masih dihantui pengalaman banjir besar yang berlaku minggu lalu, yang menyebabkan kediaman dan harta benda musnah dalam skala yang tidak pernah dijangka sebelum ini.
Menurut seorang penduduk di Batu 16, Syafiq Azlan, dia serta keluarganya resah melihat perubahan cuaca, namun mengakui telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan seandainya terpaksa mengharungi situasi banjir sekali

 "Bila tengok hujan petang ini terus rasa fobia kerana masih terkejut dengan kejadian banjir yang berlaku. Tapi saya dan keluarga sudah bersiap dengan kadar yang mampu... dengan mengumpulkan keperluan logistik serta perancangan ke mana akan kami pergi jika paras air naik secara mendadak.
"Walau apapun kami harap hujan yang berlaku tidaklah berlanjutan sehingga boleh menyebabkan risiko banjir sekali lagi," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di kediamanya yang turut dijadikan pusat mengumpul barang keperluan mangsa banjir.
Jelasnya lagi dia dan keluarga juga telah menyusun kesemua barang yang disumbangkan kepada mangsa banjir di daerah ini bagi memudahkan urusan memindahkannya di tempat yang lebih selamat jika berlaku kejadian air naik.
"Kita hanya ada satu pilihan sahaja ketika ini yang saya nampk iatu di Sekolah Kebangsaan Dusun Tua yang terletak di kawasan lebih tinggi. Itulah kawasan paling selamat dan dekat dengan saya di sini," katanya lagi.
Hujan lebat beserta ribut petir berlaku petang tadi di beberapa kawasan di sekitar daerah Hulu Langat selepas beberapa hari mengalami cuaca panas.
Ia dikatakan kejadian hujan pertama yang berlaku di kawasan ini sejak bencana banjir melanda minggu lalu.

--BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo