NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sidang Khas pinda umur calon DUN Johor


KOTA ISKANDAR – Johor akan mengadakan satu sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meminda Fasal 16, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) selaras dengan Pindaan Seksyen 5, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur minimum calon DUN daripada 21 tahun ke 18 tahun.

Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan merupakan peruntukan-peruntukan perlu dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

Menurutnya, jika kerajaan Persekutuan meminda peruntukan-peruntukan perlu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk memastikan pindaan tersebut dipatuhi.

“Justeru, amat wajar bagi maksud mematuhi Perlembagaan Persekutuan dan untuk keseragaman syarat kelayakan menjadi calon bagi kerusi Parlimen dan kerusi DUN, pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri untuk menurunkan umur minimum calon daripada 21 tahun ke 18 tahun dilaksanakan.

“Untuk tujuan itu, satu sidang khas Dewan Negeri Johor akan diadakan seberapa segera bagi meminda Fasal 16, Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 bagi Dewan Undangan Negeri selaras dengan Pindaan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sesi penggulungan pada Persidangan DUN Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Menteri Besar berkata, kerajaan negeri diminta untuk mengambil tindakan berkenaan pelaksanaan umur minimum calon 18 tahun bagi kerusi Dewan Undangan Negeri selaras dengan pindaan Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan menerusi Akta Perlembagaan(Pindaan) 2019 [Akta A1603].

Katanya, Duli Yang Maha Mulia Yang DiƧertuan Agong pada 4 September 2019 telah memperkenan pindaan yang melibatkan Perkara 47, Perkara 119 dan Jadual kelapan Perlembagaan Persekutuan dan diwartakan sebagai Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 [Akta A1603] pada 10 September 2019 dan mula dikuatkuasakan pada 11 September 2019.

Dalam pada itu, Hasni yang juga ADUN Benut turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri membuat keputusan menarik balik cadangan supaya wakil rakyat pembangkang dijemput sebagai pemerhati dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD).

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Arahan No.1 2020 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

“Kerajaan negeri telah memohon penjelasan daripada Kerajaan Persekutuan mengenai perkara ini mengikut Arahan No.1 (2020) daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

“Maklum balas daripada ICU Jabatan Perdana Menteri menerusi surat yang bertarikh 18 November 2021 menyatakan bahawa buat masa ini, kedudukan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merujuk kepada Ahli Parlimen dan ADUN yang sama parti dengan kerajaan,” katanya.

dalam sesi penggulungan pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.

Katanya, pemerhati membawa maksud bahawa ADUN pembangkang akan dijemput hadir pada setiap kali mesyuarat JTPD dan boleh mengemukakan cadangan secara bertulis kepada Pengerusi JTPD bagi daerah masing-masing.

“Malangnya, perbahasan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat sebelah sana tidak bersetuju sekiranya dijemput sebagai pemerhati. Malah, mempersendakan pemerhati sebagai pelawat.

“Oleh itu, kerajaan negeri tiada pilihan lain dan akan mengguna pakai Arahan No. 1 (2020) sepenuhnya,” katanya. – BebasNews


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo