NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selagi COVID-19 ada, peningkatan kos bisnes tidak dapat dielak - Ameer Ali Mydin



KUALA LUMPUR: Segala jenis perniagaan tidak dapat elak daripada meningkatkan kos perkhidmatan mahupun produk untuk terus bertahan selagi ancaman COVID-19 masih ada.

Kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin, ini kerana mereka terpaksa menanggung kerugian disebabkan oleh kekangan SOP yang mengehadkan operasi mereka.

“Selagi COVID-19 masih ada, selagi itu kita kena ada penjarakan sosial 1 meter.

“Kalau anda ke restoran mana pun, ia tidak boleh berkapasiti penuh; yang dibenarkan ketika ini pun hanya 60 peratus sahaja.

“Sewa kena bayar, semua kena bayar juga, kalau tak naikkan harga apa lagi nak buat?

"Kerana kos itu perlu ditanggung dan banyak perniagaan sekarang berjalan walaupun rugi,” kata Ameer.

Ditambah lagi dengan peningkatan harga barangan di peringkat global, mahu tidak mahu peningkatan kos perniagaan yang dialami oleh peniaga terpaksa juga dihadapi oleh pengguna, tambahnya.

Tegasnya, ia tiada kena mengena dengan kementerian tetapi semua ini adalah disebabkan oleh virus tersebut yang meruntuhkan kestabilan ekonomi dunia sejak hampir dua tahun lalu.

Jadi, kata beliau, selagi virus tersebut masih ada, setiap pihak berdepan dengan masalah dan cabaran masing-masing yang perlu diuruskan sebaiknya untuk terus hidup.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo