NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sediakan 5 khemah bantuan, Bomba siap hadapi gelombang kedua banjir Hulu Langat


KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menempatkan lima khemah bantuan banjir di daerah Hulu Langat, dekat sini, sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir di kawasan berkenaan.

Pengarahnya, Norazam Khamis, berkata pihaknya menempatkan khemah berkenaan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua, Pejabat Penghulu Batu 14, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai, Dewan Orang Ramai Sungai Lui dan Agro Night Market Nanding di Hulu Langat.

Beliau berkata, pihaknya turut menempatkan bot bantuan sebagai langkah persediaan awal.

"Kami bimbang jika kejadian banjir di Hulu Langat berulang semula. Jadi, anggota dan aset bot bomba sudah bersedia di daerah berkenaan susulan kilat dan awan mendung dilaporkan di lokasi terbabit," katanya hari ini.

Mengulas situasi semasa paras air di Sungai Lui, Norazam berkata, paras air kembali normal, namun bomba sentiasa membuat pemantauan paras air di sungai itu.

Semalam, tular beberapa gambar dan rakaman video di media sosial berkaitan limpahan air yang berlaku di Sungai Lui dan penduduk di lokasi berkenaan dikatakan dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang berlaku semula banjir.

Sementara itu, mengulas banjir di Kajang, Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.35 petang tadi daripada orang awam, memaklumkan berlaku limpahan air daripada kolam berhampiran menyebabkan banjir kilat di kawasan perumahan Taman Lembah Mewah dan di Jalan Semenyih, Kajang, di sini.

Beliau berkata, kejadian di kedua-dua lokasi itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa dan banjir surut sepenuhnya pada kira-kira jam 7 malam tadi.

"Tiada kerosakan serius dilaporkan anggota bomba bertugas dan tiada pemindahan penduduk dilakukan di kedua-dua kawasan berkenaan," katanya. i antara 10 hingga ke 15 saat memaparkan berlaku banjir kilat di lokaliti berkenaan.– BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo