NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selamat tinggal Android, Samsung bakal pindah kepada Fuchsia


Samsung sedia menjadi antara penyumbang Fuchsia utama sejak daripada pertengahan tahun 2021 ini. Selari dengannya, kini hadir desas-desus baru mengatakan Samsung kini sedang melihat kepada untuk gantikan penggunaan Android dengan sistem operasi Fuchsia.

Untuk makluman, Fuchsia OS merupakan salah satu sistem operasi baharu yang sedang dibangunkan secara sampingan oleh pihak Google. Ia dilihat akan mengabungkan pelbagai kelebihan daripada sistem Android dan Chrome OS pada hari ini.

Fuchsia dikatakan lebih fleksibel dan dioptimasikan untuk penggunaan masa-nyata, termasuk menawarkan kemudahan kemaskini yang lebih baik.

Fuchsia berasaskan kepada kernel dinamakan Zircon, yang diinspirasikan daripada Unix.

Berbalik kepada laporan awal, Samsung sedia menjadi antara penyumbang dalam pembangunan Fuchsia, dan kini diperkatakan bakal menggantikan penggunaan Android dengan Fuchsia dalam beberapa tahun lagi.

Proses peralihan ini dijangka akan mengambil masa beberapa tahun lagi – apatah lagi dengan Google sendiri belum mula mempromosikan sistem operasi generasi baharu ini secara menyeluruh buat masa ini.

--AMANZ


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo