NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gunakan populariti filem Spider-Man: No Way Home, Perisian Hasad disebar melalui cetak rompak filem


Filem Marvel terbaru, Spider-Man: No Way Home dilihat sebagai salah satu filem paling laris jualan tayangannya dalam sejarah MCU, dan walaupun begitu, ia dilihat bahawa terdapat ramai juga yang mencetak rompak filem tersebut kerana waktu tayangannya yang berbeza bergantung kepada negara.

ReasonLabs, syarikat penyelidik sekuriti mengeluarkan amaran bahawa pihak penggodam kini menggunakan populariti filem tersebut untuk menyebarkan pelombong kriptowang Monero melalui fail torrent filem Spider-Man terbaru tersebut.

Menurut syarikat tersebut, pelombong ini dilihat memasang dirinya sendiri, dan boleh memberi akses yang membolehkannya melangkaui sistem keselamatan Windows Defender, dan kemudiannya menggunakan sumber komputer untuk melombong kriptowang di latar belakang.

Ia dilaporkan bahawa walaupun pelombong kriptowang ini baru sahaja diperkenalkan seminggu yang lalu, penggodam yang memperkenalkannya dianggarkan telah berjaya melombong kriptowang Monero ini sebanyak $750 juta (~RM3.1 bilion).

Syarikat tersebut menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat-turun filem-filem cetak rompak kerana ia merupakan vektor jangkitan komputer yang masih lagi sangat tinggi peratusannya apabila dibandingkan dengan cara-cara godaman yang lain.

Sumber: ZDNet




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo