NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Satu kluster baharu babitkan mangsa banjir di PPS dikesan - KKM


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster komuniti pertama membabitkan penularan COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir membabitkan 10 kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster itu ialah Kluster Karak Setia yang dikesan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Bentong, Pahang.

Beliau berkata, kes indeks Kluster Karak Setia membabitkan seorang wanita tempatan yang dikesan positif pada 19 Disember lalu.

"Kes indeks dikesan melalui saringan individu bergejala membabitkan demam, batuk, selesema dan hilang deria bau sejak 18 Disember lalu.

"Sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 104 individu disaring dalam kluster ini dan 10 kes dikesan positif COVID-19 termasuk lapan kes baharu dilaporkan manakala baki 94 adalah negatif," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, punca penularan disyaki pergaulan dalam kalangan mangsa banjir di pusat penempatan terbabit.

Katanya, semua kes positif dan kontak rapat sudah diasingkan daripada mangsa banjir yang lain.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 429 kes positif COVID-19 direkodkan dalam kalangan mangsa banjir dengan 11 kes positif membabitkan penularan di PPS.

"Sebanyak 99 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir membabitkan jangkitan saluran pernafasan akut (51); penyakit kulit (39) dan acute gastroenteritis (sembilan)," katanya.

Mengenai kes COVID-19, ia terus merekodkan penurunan apabila sebanyak 2,757 kes dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes ialah sebanyak 2,743,936.

Katanya, kes sembuh pula sebanyak 4,620 kes manakala yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) ialah 297 kes.

"Nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) nasional semalam ialah 0.90 manakala Terengganu merekodkan Rt tertinggi dengan 1.01," katanya.


--BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo