NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Populasi dewasa 97.4 peratus lengkap vaksinasi






KUALA LUMPUR: Seramai 22,805,239 individu atau 97.4 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sejumlah 98.7 peratus atau 23,114,489 individu dewasa di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada masa sama, 86.8 peratus atau 2,732,273 individu populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan vaksinasi mereka dan 90 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Sementara itu, sebanyak 172,511 dos suntikan harian diberikan membabitkan 162,147 dos penggalak, 4,414 suntikan pertama dan 5,950 suntikan lengkap semalam.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 55,563,359 dengan 4,274,115 daripadanya adalah dos penggalak. – BERNAMA


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo