NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pearl2u: Gerbang pembayaran patuh syariah


BANGI: Mutiara Teknologi (M) Sdn Bhd (MTSB) menyasar untuk mendaftarkan sehingga 10,000 pelanggan menggunakan perkhidmatan pearl2u, gerbang pembayaran digital patuh Syariah yang dilancarkan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, Abdul Hafidz Win, berkata beliau menyasarkan penggunaan pearl2u kepada institusi keagamaan di setiap negeri termasuk masjid.

Katanya, pihaknya ketika ini mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menggunakan pearl2u sebagai gerbang pembayaran.

"Kami menyasar untuk merekodkan kira-kira RM10 juta transaksi dalam tempoh setahun menerusi pearl2u.

"Pelancaran aplikasi ini juga adalah sebagai tanda sokongan terhadap seruan kerajaan yang mahukan negara terus berkembang maju dalam digitalisasi," katanya pada sidang media selepas melancarkan aplikasi pearl2u dan pearlnur di sini, hari ini.

Mengenai pearlnur, Abdul Hafidz berkata pihaknya menyasarkan 200,000 pengguna untuk memuat turun aplikasi itu sama ada di Apple AppStore atau Google Play Store.

Katanya, beliau percaya aplikasi khusus itu direka bentuk pada waktu yang tepat ketika umat Islam di negara ini mendakap teknologi dengan terbuka dan pantas.

"pearlnur menyasar untuk menjadi aplikasi mudah alih pilihan yang akan mendigitalkan pengurusan kariah dengan menawarkan pelbagai manfaaf dengan pantas dan mesra pengguna.

"Ia disepadukan dengan pengurusan sistem untuk kariah seperti infaq, wakaf, pendanaan ramai dan modul aktiviti komuniti lain.

"Ia juga bertindak sebagai platform yang membolehkan komuniti Muslim di seluruh negara bekerjasama dan berinteraksi pada bila-bila masa," katanya.-BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo