NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lagi lima kes Omicron dilaporkan di New York

Kes jangkitan Omicron yang pertama di AS dilaporkan di California pada Rabu membabitkan individu yang baru pulang dari Afrika Selatan.

NEW YORK: Lima lagi kes positif COVID-19 varian Omicron dilaporkan di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, beberapa jam selepas kes yang sama dikesan di Minnesota dan Colorado.
Gabenor New York Kathy Hochul ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media lewat Khamis, berkata pegawai masih mengumpulkan butiran mengenai kes itu.
"Tidak perlu cemas ... kami tidak mempunyai maklumat lanjut buat masa ini, tetapi kami syaki akan lebih banyak kes lagi selepas ini," katanya.
Kes jangkitan Omicron yang pertama di AS dilaporkan di California pada Rabu membabitkan individu yang baru pulang dari Afrika Selatan.
Berikutan itu, pentadbiran Presiden Joe Biden pada Khamis mengumumkan beberapa langkah baharu untuk memerangi virus itu.
-- BERNAMA



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo