NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu: Patutkah Perlaksanaan Hukuman Penjara Terhadap Bekas Perdana Menteri Najib Razak ditangguhkan Sehingga Keputusan Rayuannya di Mahkamah Persekutuan?


Permohonan penggantungan perlaksanaan hukuman (stay of execution) telah difailkan oleh Najib Razak di Mahkamah maka persoalan ini akan dijawab dan akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

Undang-undang yang sedia ada menyatakan bahawa rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi hatta ke Mahkamah Persekutuan sekalipun tidaklah bermakna secara otomatik penggantungan perlaksanaan hukuman 12 tahun penjara dan denda sebanyak RM210 juta terhadap Najib Razak yang dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan (Court of Appeal) itu akan dibenarkan.


Pendengaran atau perbicaraan permohonan Najib Razak terhadap penggantungan perlaksanaan hukuman tersebut perlu dilakukan oleh Mahkamah Rayuan.

Tetapi amalan duluan atau precedent dalam Kes Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam Kes Fitnah II perlu dirujuk.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah melepaskan dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan.Tetapi Pihak Kerajaan BN waktu itu yang diketuai oleh PM Najib Razak telah mengarahkan Pendakwa Raya supaya membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Mahkamah Rayuan Malaysia kemudianya telah mengenepikan keputusan tidak bersalah yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar Ibrahim telah memohon penggantungan perlaksanaan hukuman penjara ke atasnya kerana beliau akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Tetapi permohonan Anwar Ibrahim itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan. Beliau dihantar dari Mahkamah Rayuan di Putrajaya terus ke Penjara Sungai Buloh.

Jadi, berdasarkan kepada Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan di mana dinyatakan secara bertulis bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang, maka saya menuntut tidak ada amalan dua darjat yang membezakan antara Najib dengan Anwar.

Justeru itu sebagai seorang Ahli Parlimen yang bersumpah untuk memelihara keluhuran Perlembagaan Persekutuan, maka saya menuntut supaya apa keputusan yang Mahkamah telah jatuhkan ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim hendaklah dilaksanakan hal yang sama terhadap Dato' Seri Najib Razak.

Jika demikian berlaku, barulah Dunia melihat sistem undang-undang Malaysia sesungguhnya adil.

Hassan bin Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
08 Disember 2021



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo