NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Individu dijangkiti COVID-19 tidak kebal serangan Omicron


JOHANNESBURG: Saintis di Afrika Selatan hari ini mendedahkan individu pernah dijangkiti varian COVID-19 tidak kebal daripada serangan Omicron meskipun sudah divaksin,

Namun, kata pakar di Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan, Anne von Gottberg, inokulasi masih dapat mengekang seseorang yang dijangkiti coronavirus daripada penyakit yang lebih serius atau mengurangkan risiko kematian.

"Kami percaya jangkitan sebelum ini tidak akan memberi perlindungan dari Omicron, malah berdasarkan penyelidikan awal mengenai varian baharu COVID-19 itu, wujud peningkatan risiko jangkitan semula Omicron.

"Trend sama turut dilihat dalam model yang menyasarkan kes terhadap penduduk secara keseluruhan dan kami percaya angka kes akan meningkat secara pantas di semua wilayah serta negara.

"Bagaimanapun, kami percaya vaksin sentiasa memberi perlindungan terhadap penyakit yang serius, kemasukan ke hospital dan kematian," katanya pada sidang media dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) wilayah Afrika.

Varian baharu COVID-19 yang pertama kali dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seminggu lalu 'muncul' di seluruh rantau berkenaan.

Pakar di WHO mengulangi gesaan kepada negara berkenaan supaya mempertimbang pelaksanaan sekatan perjalanan terhadap negara selatan Afrika.

Menurut seorang lagi pakar, Ambrose Talisuna, setakat ini Omicron sudah pun menular di hampir puluhan negara dan puncanya masih tidak jelas.

"Afrika Selatan dan Botswana mengesan varian berkenaan. Kami tidak tahu asalnya," katanya sambil menegaskan untuk menghukum pihak yang mengesan dan melaporkan adalah tidak adil.

Pada pertengahan November lalu, Afrika Selatan dilapor merekodkan sekitar 300 kes sehari tetapi semalam, negara itu merekodkan 8,561 kes baharu berbanding 4,373 pada hari sebelumnya dan 2,273 pada Isnin lalu. -BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo