NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wilayah berarak, rai Juara Piala Malaysia ke-100 esok



KUALA LUMPUR: Bagi meraikan kejayaan pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC muncul juara Piala Malaysia edisi ke-100, satu perarakan kemenangan akan dianjurkan untuk membolehkan warga kota melihat secara lebih dekat piala berprestij itu dan pemain pasukan bola sepak kelab berkenaan.
Presiden KL City FC Tan Sri Annuar Musa berkata perarakan tersebut dijangka bermula di Dataran Merdeka sekitar 4.45 petang esok dan akan melewati Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Campbell, Jalan Raja Laut, Kampung Baru, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Bangunan KLCC, Menara KL, sekitar Bukit Bintang dan seterusnya akan berhenti di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata penyokong juga boleh meraikan kejayaan itu di sepanjang perjalanan dengan mengibarkan bendera Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan dan dijemput untuk berada di stadium berkenaan.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo