NOTIS:

Belum ada lagi....

Hentikan Kempen 'Do Not Donate Here' - RIna Harun

0


SEPANG: Kempen seperti 'Do Not Donate Here', yang mengajak orang ramai supaya tidak menderma kepada tabung bencana kelolaan kerajaan, adalah tidak wajar dalam keadaan negara dilanda bencana sekarang, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Rina berkata keutamaan sekarang adalah mangsa bencana serta beliau memberi jaminan sumbangan yang diterima tabung bencana kerajaan akan disalurkan kepada kumpulan sasar.

"Apa yang kita laksanakan (tabung bencana), donation (sumbangan) yang kita dapat kita sumbang balik kepada rakyat," katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kota Warisan di sini semalam.

"Dalam keadaan sekarang tidak perlu ada 'hashtag' (tanda pagar) sebegitu. Tak kira sesiapa pun, sesiapa boleh membantu asalkan matlamat tercapai dan penerima bantuan dapat manfaat, itu yang penting," kata Rina.

Dalam perkembangan lain, Rina yang dikecam kerana dirakamkan memakai kasut bertumit tinggi semasa membuat lawatan ke PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Saraswathy, Jalan Klang Lama, Ahad lepas, berkata penampilan beliau sepatutnya tidak perlu dijadikan isu.

Pada hari kejadian, katanya beliau sedang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Keempat BERSATU di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, dan bergegas keluar dari situ sejurus tamat ucapan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Semasa dalam perhimpunan, saya terima banyak mesej mengenai kawasan-kawasan terbabit banjir dan saya kira perlu saya turun untuk lihat keadaan. Masa itu saya hanya sempat tukar baju kurung kepada seluar dan baju, saya tidak sempat tukar kasut dalam keadaan kelam-kabut.

"Apa yang penting keberadaan saya di tempat tersebut untuk melihat kebajikan mereka terjaga dan apa lagi keperluan mereka yang boleh saya bantu," katanya. – BERNAMA



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo