NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ferrari Bakal Bersama Velas, Bekerjasama Memasuki Arena NFT


Ferrari, jenama kereta kelas bangsawan dan juga nama disebalik pasukan perlumbaan F1 baru-baru ini telah menandatangani kerjasama bersama syarikat pembuat aset digital rantaian blok Velas untuk membangunkan kandungan digital untuk para peminat jenama automotif tersebut.

Dalam pada itu, pada tahun hadapan, Velas akan menjadi salah satu rakan kongsi pasukan perlumbaan F1 Ferrari, disamping penaja utama pasukan perlumbaan e-sukan F1 syarikat tersebut juga. Musim perlumbaan digital F1 ini akan berlangsung dibawah naungan FIA dan akan disertai oleh semua pasukan F1 sedia ada.

Kerjasama bersama Velas ini dilihat sebagai langkah strategik untuk Ferrari memasuki arena rantaian blok dan juga NFT, kerana Velas mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam sektor baru tersebut. Ia dilihat bahawa Ferrari akan hadir bukan sahaja dengan aset-aset digital seperti NFT dan sebagainya, tetapi terdapat juga kebarangkalian bahawa jenama tersebut boleh memasuki arena Metaverse dengan penawaran produk-produk digital yang unik dan menarik.

Sumber: Reuters




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo