NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Dua beranak lemas selepas terjatuh laut dekat Kota Kuala Muda, Sungai Petani, hari ini. - Foto NSTP


SUNGAI PETANI: Dua beranak lemas ketika turun ke laut dekat Kota Kuala Muda, Kampung Tepi Sungai Jarak, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Ariffie A Razak, 68 dan anak lelakinya Zulhusni 29, berasal dari Kampung Matang Bagan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata Mayat dua beranak terbabit ditemui nelayan terdampar di tepi pantai Kampung Tepi Sungai.

Katanya, dua beranak itu keluar rumah jam 7 pagi untuk memukat udang dan mereka dilaporkan terjatuh dalam laut jam kira-kira 10.50 pagi.

"Siasatan lanjut mendapati menantu arwah mengesyaki adik iparnya diserang sawan dan terjatuh dalam laut, sebelum cuba diselamatkan bapa mentua yang kemudian turut lemas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Adzli berkata, proses sanitasi dijalankan kepada dua mayat terbabit sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim.

"Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kesan unsur jenayah ditemui pada tubuh dua mangsa dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya. -BH



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo