NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Diskaun saman dilanjutkan lagi


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tempoh diskaun untuk bayaran kompaun saman trafik yang dijadualkan berakhir tengah malam ini dilanjutkan hingga 31 Disember ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata pelanjutan tempoh bayaran kompaun saman itu diberikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka.

"Disebabkan sambutan yang menggalakkan sama ada di kaunter bayaran saman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Kontinjen di seluruh negara, maka kita memutuskan untuk melanjutkan tempoh kompaun bayaran saman.

"Setakat ini sebanyak 2.3 juta saman sudah diselesaikan oleh orang ramai," katanya dalam sidang media di Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di sini.




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo