PUTRAJAYA: Malaysia kembali mencatatkan pertambahan kes bawah 4,000 apabila 3,490 kes dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini.
Kali terakhir negara mencatatkan kes bawah 4,000 ialah pada 11 Mei lalu dengan 3,973 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,691,639 individu sudah dijangkiti virus berkenaan.
"BBP Seremban dan BBP Seri Menanti masing-masing dengan sebuah jentera turut bergegas ke lokasi untuk memberikan bantuan.
"Setiba di lokasi kejadian, kami mendapati ada sebuah bas persiaran sedang terbakar. Pihak bomba mengambil masa hampir satu jam untuk memadamkan kebakaran itu. menggunakan bahan pemadam api jenis buih.
"Berdasarkan pemantauan selepas api dipadamkan, bas berkenaan didapati terbakar 100 peratus," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Hidayat berkata, berdasarkan maklumat pemandu, bas terbabit membawa 45 pekerja kilang yang selesai divaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Perniagaan Cattleya, Senawang, dan dalam perjalanan pulang ke Simpang Pertang, Jelebu, ketika insiden berlaku.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan kerana kesemua mereka sempat keluar dari bas lebih awal.
Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan di kedua-dua arah, dengan kepulan asap tebal menyelubungi kawasan sekitar. -BH
No comments
Post a Comment