NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Cubaan masuk ayam beku 54 tan gagal - MAQIS


PUTRAJAYA: Sebanyak 54 tan ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM768,000 yang cuba dibawa masuk dari Thailand dirampas di Kelantan dalam tempoh Januari hingga November tahun ini.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dalam kenyataan berkata rampasan dibuat kerana gagal mematuhi syarat kemasukan yang ditetapkan.

Menurut MAQIS, pihaknya turut menerima serahan rampasan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin membabitkan 13,281 ekor ayam hidup bernilai RM100,000 ketika cuba dibawa masuk ke Malaysia melalui pengkalan haram tebing Sungai Golok.

"Semua kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang mana perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa Permit Import yang sah daripada MAQIS adalah suatu kesalahan mengikut akta ini.

"Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali," kata kenyataan itu.

Menurut MAQIS, pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan di sempadan yang lain akan terus komited serta mengambil langkah serius mempertingkat kawalan dan penguatkuasaan di sempadan khususnya pintu masuk negara.

Kawalan itu khususnya membabitkan isu membabitkan kawalan penyakit, keselamatan makanan, pengiktirafan halal dan risiko kemasukan perosak berbahaya yang boleh mengancam industri pertanian serta penternakan negara ini dapat dibendung serta dikawal. -BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo