NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: 17 kematian direkodkan semalam


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 17 kematian akibat COVID-19 setakat tengah malam tadi, dengan tiga daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Laman sesawang COVIDNOW menunjukkan kes kematian direkodkan semalam menyumbang kepada sejumlah 30,879 kematian akibat COVID-19 di negara ini setakat ini, dengan 6,246 kes BID.

Berdasarkan laman sesawang GitHub KKM, empat kematian termasuk satu kes BID di laporkan di Terengganu, disusuli tiga kematian di Kelantan.

Empat negeri masing-masing mencatatkan dua kematian iaitu Kedah (termasuk satu kes BID), Perak, Perlis dan Pulau Pinang (termasuk satu kes BID) dan satu kes di Melaka dan Sabah.

Setakat tengah malam tadi, KKM melaporkan sebanyak 58,852 kes positif aktif dengan 48,337 kes atau 82.1 peratus menjalani kuarantin di rumah, sebanyak 5,606 kes atau 9.5 peratus menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dan seramai 4,502 pesakit atau 7.6 peratus daripada kes menjalani rawatan di hospital.

Sementara itu, sebanyak 67,376 dos vaksin diberikan semalam, menyumbang kepada 54,891,289 dos yang sudah diberikan setakat ini.

Daripada jumlah itu, 63,899 adalah dos penggalak, 1,472 dos pertama manakala 2,005 dos lengkap.

Setakat ini, sebanyak 78.1 peratus daripada populasi Malaysia sudah melengkapkan vaksinasi dengan 97.3 populasi dewasa sudah melengkapkan pengambilan vaksin masing-masing manakala 86.5 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah lengkap divaksin. -BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo