NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harimau Malaya dibenam Naga Emas




Singapura: Hasrat skuad Harimau Malaya untuk menempah slot ke separuh akhir lebih awal terbantut selepas tewas 0-3 di tangan Vietnam dalam aksi Kumpulan B Piala AFF di Stadium Bishan, di sini, sebentar tadi.

Ia kekalahan pertama buat skuad bimbingan Tan Cheng Hoe selepas memungut enam mata maksimum dengan menewaskan Kemboja (3-1) dan Laos (4-0) sebelum ini.

Ini bermakna, pertemuan terakhir menentang Indonesia di Stadium Nasional Singapura bakal menjadi penentu hala tuju pasukan ke peringkat seterusnya.

Dalam aksi itu, Cheng Hoe mengekalkan kesebelasan sama ketika menewaskan Laos Khamis lalu, dengan pendahulu penjaring terbanyak kejohanan, Safawi Rasid menjadi taruhan.


Skuad Naga Emas yang tidak beraksi Khamis lalu pula menurunkan skuad terkuat apabila menyenaraikan bintang negara itu, Nguyen Quang Hai yang cukup dikenali dengan aksi lincahnya.


Sepanjang 45 minit babak pertama menyaksikan skuad negara lebih banyak menyerap asakan pasukan di tangga ke-99 dunia itu yang menyerang dari segenap sudut.

Ketika benteng negara dilihat berjaya mengekang asakan lawan, Aidil Zafuan Abd Razak terpaksa dikeluarkan ekoran kecederaan selepas bergelut dengan Nquyen Cong Phuong, dan tempatnya digantikan dengan Dominic Tan.

Selepas bertahan selama 32 minit, akhirnya gawang negara dibocori hasil jaringan Quang Hai sebelum giliran Cong Phuong pula mencetak nama selaku penjaring tiga minit kemudian.

Menyedari agak sukar untuk memecah kubu Vietnam, Cheng Hoe membawa masuk penyerang naturalisasi, Guilherme de Paula dan R Kogileswaran pada babak kedua dengan mengeluarkan Luqman Hakim dan Mukhairi Ajmal.

Percaturan itu nyata mengubah corak permainan negara dengan De Paula menjadi 'target man'.

Bagaimanapun, Malaysia yang menghuni kedudukan 154 dunia dilihat sukar memecah benteng lawan, dan peluang paling hampir hadir menerusi Arif Aiman Hanapi di minit-82 namun percubaannya mudah ditampan Tran Nguyen Manh.

Nguyen Hoang Duc menambah derita negara apabila meledak gol ketiga di hujung permainan buat melebarkan rekod kemenangan Vietnam sejak 2014.

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/12/787841/harimau-malaya-dibenam-naga-emas

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo