NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bilangan mangsa banjir cecah lebih 30,000


PUTRAJAYA: Jumlah mangsa banjir di lapan negeri di Semenanjung meningkat dari 27,214 individu ke 30,930 mangsa, setakat jam 6 petang tadi.

Laman sesawang info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan sejumlah mangsa terjejas membabitkan 9,678 keluarga yang kini ditempatkan di 347 pusat pemindahan sementara (PPS).

Bilangan mangsa banjir di Pahang kini meningkat kepada 14,743 individu daripada 4,074 individu pagi tadi yang kini berlindung di 192 PPS.

Turut menunjukkan peningkatan mangsa ialah di Selangor dengan seramai 9,904 mangsa daripada 3,760 keluarga yang terjejas akibat banjir yang ditempatkan di 68 PPS.



Selain itu, Kelantan (4,322 mangsa daripada 1,064 keluarga di 53 PPS); Melaka (599 mangsa daripada 126 keluarga di 10 PPS); Terengganu (286 mangsa daripad 66 keluarga di lapan PPS) dan Perak (91 mangsa daripad 23 keluarga di sebuah PPS).

Bilangan mangsa di Negeri sembilan berkurangan daripada 499 kepada 459 daripada 102 keluarga setakat jam 6 petang tadi.

Mereka kini berlindung di 12 PPS, manakala bilangan mangsa di Kuala Lumpur kekal sama iaitu 526 mangsa daripada 463 di tiga PPS. -BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo