NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir Terengganu: Paras air sungai tunjuk trend penurunan


KUALA TERENGGANU: Paras air sungai di Terengganu mula menunjukkan trend penurunan apabila hanya satu sungai melepasi paras bahaya.

Berdasarkan laporan infobanjir.water.gov.my, Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman Kemaman yang melepasi paras bahaya berada pada paras 4.54 meter (m) berbanding paras normal 1.4m.

Selain itu, hanya satu sungai direkodkan melepasi paras amaran iaitu Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman dengan bacaan 1.94m.

Sementara itu, tiga lagi sungai pula berada pada paras waspada membabitkan daerah Setiu, Dungun dan Kemaman.

Ketika ini, Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu merekodkan bacaan 11.32m.

Dua lagi sungai yang berada pada paras waspada adalah Sungai Dungun di Jambatan Jerangau,

Dungun dengan bacaan 10.83m dan Sungai Cherul di Jambatan Ban Ho, Kemaman (17.68m).

Dalam pada itu, dua lagi jalan di daerah Kemaman masih ditutup kepada semua jenis kenderaan selepas dinaiki air hampir satu meter.

Ia membabitkan Jalan Teladas Air Putih (Jambatan Lama Teladas) yang dinaiki air sehingga 0.7m dan Jalan Pelatoh-Lubuk Lesong (Kampung Pelatoh) yang ditenggelami air sedalam 0.8m.

Selain itu, tiga lagi jalan di daerah sama ditutup kepada kenderaan ringan selepas dinaiki air antara 0.4 hingga 0.6m.

Tiga laluan berkenaan adalah Jalan Lubuk Lesong (simpang tiga Lubuk Lesong-Pelantoh), Jalan Paman-Ibok (Paya 100) dan Jalan Air Putih (Kampung Seberang Tayor). -BH




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo