NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aplikasi Telegram Pilihan Terburuk Untuk Privasi Dan Simpanan Data - Pengasas Signal




Telegram merupakan salah satu aplikasi permesejan yang digunakan ramai, sebagai alternatif untuk WhatsApp. Namun, bagaimanakah penawarannya dari segi privasi dan simpanan data.

Menyentuh mengenainya, pengasas aplikasi Signal, mengatakan aplikasi Telegram menawarkan sejumlah ciri-ciri menarik, namun dari segi privasi dan pengumpulan data, ia adalah pilihan paling buruk.

Telegram dikatakan menyimpan semua data termasuk mesej yang pernah dihantar dalam bentuk teks biasa pada pelayan – dan tidak disulitkan. Ini bermakna, semua perkaara yang dihantar dan dilihat pada peranti anda – turut boleh dilihat oleh pihak Telegram.

Ini sekaligus membuatkan ia mungkin kurang privasi berbanding aplikasi lain seperti Signal dan juga WhatsApp.

Untuk makluman, Telegram menawarkan ciri penyulitan untuk permesejan, tetapi ia perlu diaktifkan secara manual, lebih kurang seperti Facebook Messenger.

Dengan perkongsian ini, adakah ia akan memberikan impak terhadap anda dalam penggunaan Telegram?


--AMANZ


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo