NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sainz kenal pasti kelemahan Ferrari




Milan: Carlos Sainz menggesa pasukan Formula Satu Ferrari untuk berkerja keras mengurangkan kesilapan di hentian pitstop selepas berdepan satu lagi isu ketika saingan di Grand Prix Amerika Syarikat (AS).

Sainz dibelenggu masalah ketika di pitstop sebanyak tiga kali pada tahun ini termasuk di British dan Grand Prix Turki dan sekali lagi di Austin pada perlumbaan Ahad lalu.

Pemandu Sepanyol itu lewat 10 saat di Silverstone, sekitar lima saat di Istanbul dan tiga saat di AS.

Sainz mengenal pasti masalah itu yang menyebabkan dia kehilangan banyak mata.

"Masalah pitstop, ya, sekali lagi," kata Sainz selepas GP AS.


"Kami harus mengenal pasti perkara ini dan kami harus terus meningkat sebagai satu pasukan kerana kami tidak gembira dengan situasi itu.

"Ia berlaku kepada beberapa pitstop sehingga membuatkan kami bergelut pada perlumbaan.

"Dari pihak saya, saya fikir ia adalah yang kedua berturut-turut dan ketiga dalam keseluruhan musim, jadi ia membabitkan mata yang banyak sehingga menyebabkan kami ketinggalan dari segi kedudukan kerana masalah kecil."

Sainz menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh di Litar Amerika, ketinggalan tiga saat kepada pemandu Mercedes, Valtteri Bottas dan tujuh saat di belakang pemandu McLaren, Daniel Ricciardo.

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2021/11/772742/sainz-kenal-pasti-kelemahan-ferrari


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo