NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hina pemimpin dan ulama di facebook : Penganggur didenda RM10,000


KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur didenda RM10,000 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah menghantar komunikasi jelik serta menghina tokoh agama dan pemimpin menerusi Facebook.

Tertuduh, Ahmad Farhan Mohd, 39, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar menggunakan kemudahan rangkaian Facebook Farhan Hazard untuk membuat penghantaran komen kepada Group Facebook Gabungan Anak Terengganu dengan niat untuk menyakitkan hati dan mengganggu.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu kira-kira jam 5 petang pada 20 November 2020 di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.

Dengan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan bagi kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh diwakili peguam, Zamri Md Jail.

Lelaki terbabit sebelum ini ditahan polis susulan tular sebuah video berdurasi sembilan minit empat saat yang menghina agama Islam dan orang Melayu di media sosial.

Lelaki berkenaan turut membuat kenyataan jelik terhadap Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

- SH

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo