NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Melaka Kayu Ukur Keupayaan PN Hadapi PRN-15

6 NOV: PAS berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi kayu ukur sebenar keupayaan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Berikutan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pengundi Melaka mengambil pendirian berani dengan mengundi PN pada PRN Melaka pada 20 November ini.

“Saya menyeru kepada rakyat Melaka supaya mengundi simbol PN dalam PRN Melaka. Inilah simbol kami bersama parti BERSATU, PAS dan GERAKAN serta parti yang bergabung bersama kita.

“Kita menghadapi wabak COVID-19, kita sudah membuktikan dapat menunaikan tanggungjawab sebaiknya dalam menghadapi masalah kewangan, kerana kita ada tokoh kewangan, ada tokoh dan pakar yang boleh mengendalikan urusan dengan sebaiknya.

“Kita perlukan masa lebih panjang, PRN Melaka beri makna besar kerana selepas ini ada PRU-15. Kita harap rakyat Melaka jadi simbol dalam PRU akan datang,” katanya berucap secara maya pada majlis pengumuman calon PN disempurnakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Shah Alam, Selangor hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin ketika mengumumkan calon PN hari ini memaklumkan, BERSATU akan bertanding di 15 kerusi DUN, diikuti lapan kerusi ditandingi PAS dan lima oleh GERAKAN.

Abdul Hadi berkata, bagi penganut Islam, politik adalah sebahagian ajaran Islam dan mengundi menjadi satu tanggungjawab kerana memilih pemimpin adalah perkara wajib dalam Islam.

Dalam pada itu, Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau menyifatkan proses agihan kawasan DUN pilihan raya amat penting dan meminta penyokongnya mengundi mana-mana calon PN diketengahkan.
............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo