Responsive Ad Slot

PRN Melaka: Apa sudah jadi dengan PH?



oleh: DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF

MENARIK sekali melihat keputusan PRN Melaka. Walaupun banyak gembar-gembur yang menyatakan bahawa pertarungan sebenar dalam PRN Melaka adalah di antara BN dan PH, tetapi di banyak tempat pertarungan sebenar adalah di antara BN dan PN, dengan PH mendapat tempat tercorot antara ketiga-ketiga mereka.
Advertisement

Sebagai buktinya, di lebih separuh kerusi yang ditandingi oleh PKR (6 daripada 11 kerusi), calon-calonnya mendapat tempat tercorot, iaitu:

(1) Zainal Bin Hassan, yang hanya memperolehi 489 undi, mendapat tempat tercorot di N.02 Tanjung Bidara, di belakang calon Umno, Dato’ Seri Ab. Rauf Bin Yusoh, yang memperolehi 3,559 undi, dan di belakang calon BERSATU, Dato’ Wira Mas Ermieyati Binti Samsudin, yang memperolehi 3,195 undi.

(2) Mohamad Asri Bin Ibrahim, yang hanya memperolehi 1,155 undi, mendapat tempat tercorot di N.04 Lendu, di belakang calon Umno, Dato’ Seri Utama Sulaiman Bin Md Ali, yang memperolehi 4,486 undi, dan di belakang calon BERSATU, Mejar (B) Abdullah Bin Mahadi, yang memperolehi 1,382 undi.

(3) Hasmorni Binti Tamby, yang hanya memperolehi 2,035 undi, mendapat tempat tercorot di N.11 Sungai Udang, di belakang calon BERSATU, Dr Mohd Aleef Bin Yusof, yang memperolehi 6,789 undi, dan di belakang calon Umno, Dato’ Seri Mohamad Ali Bin Mohamad, yang memperolehi 6,259 undi.

(4) Mohd Rafee Bin Ibrahim, yang hanya memperolehi 2,446 undi, mendapat tempat tercorot di N.18 Ayer Molek, di belakang calon Umno, Dato’ Rahmad Bin Mariman, yang memperolehi 6,348 undi, dan di belakang calon BERSATU, Mohd Fadly Samin, yang memperolehi 3,546 undi.

(5) Prasanth Kumar A/L Brakasam, yang hanya memperolehi 2,163 undi, mendapat tempat tercorot di N.25 Rim, di belakang calon Umno, Dato’ Khaidhirah Binti Abu Zahar, yang memperolehi 4,037 undi, dan di belakang calon BERSATU, Azalina Binti Abdul Rahman, yang memperolehi 2,710 undi.

(6) Farzana Hayani Binti Mohd Nasir, yang hanya memperolehi 1,356 undi, mendapat tempat tercorot di N.28 Sungai Rambai, di belakang calon Umno, Siti Faizah Binti Dato’ Abdul Azis, yang memperolehi 3,801 undi, dan di belakang calon BERSATU, Muhammad Jefri Bin Safry, yang memperolehi 2,664 undi.

Begitu juga di lebih separuh kerusi yang ditandingi oleh PAN (5 daripada 9 kerusi), calon-calonnya mendapat tempat tercorot, iaitu:

(1) Mazenah Binti Baharuddin, yang hanya memperolehi 798 undi, mendapat tempat tercorot di N.03 Ayer Limau, di belakang calon Umno, Dato’ Hameed Bin Mytheen Kunju Basheer, yang memperolehi 3,838 undi, dan di belakang calon BERSATU, Dr Nordina Binti Abd Latif, yang memperolehi 2,753 undi.

(2) Zairi Bin Suboh, yang hanya memperolehi 1,024 undi, mendapat tempat tercorot di N.05 Taboh Naning, di belakang calon Umno, Zulkiflee Bin Datuk Seri Mohd Zin, yang memperolehi 3,170 undi, dan di belakang calon PAS, Abu Hashim Bin Abdul Samad, yang memperolehi 1,345 undi.

(3) Dato’ Nor Azman Bin Hassan, yang hanya memperolehi 2,799 undi, mendapat tempat tercorot di N.12 Pantai Kundor, di belakang calon Umno, Tuminah Binti Kadi @ Mohd Hasim, yang memperolehi 3,960 undi, dan di belakang calon BERSATU, Ts. Mohamad Ridzwan Bin Mustafa, yang memperolehi 3,133 undi.

(4) Dato’ Ashraf Mukhlis Bin Minghat, yang hanya memperolehi 3,891 undi, mendapat tempat tercorot di N.23 Telok Mas, di belakang calon Umno, Dato’ Abdul Razak Bin Abdul Rahman, yang memperolehi 6,052 undi, dan di belakang calon BERSATU, Dato’ Wira Mohd Rafiq Bin Naizamohideen, yang memperolehi 3,976 undi.

(5) Muhammad Khomeini Bin Kamal, yang hanya memperolehi 1,535 undi, mendapat tempat tercorot di N.26 Serkam, di belakang calon Umno, Datuk Zaidi Bin Attan, yang memperolehi 5,038 undi, dan di belakang calon PAS, Ahmad Bilal Bin Rahaudin, yang memperolehi 4,959 undi.

Lebih mengejutkan bila calon DAP yang juga merupakan Pengerusi DAP Melaka, iaitu Dato’ Tey Kok Kiew, yang hanya memperolehi 3,095 undi, juga mendapat tempat tercorot di N.24 Bemban, di belakang calon BERSATU, Dr Mohd Yadzil Bin Yaakub, yang memperolehi 4,211 undi, dan di belakang calon MCA, Datuk Koh Chin Han, yang memperolehi 3,883 undi.

Oleh itu, kepada BERSATU dan PAS, usahlah berdukacita dengan kekalahan di tangan Umno, yang masih merupakan sahabat mereka di peringkat Pusat, dalam PRN Melaka ini: Sementara kehebatan Umno di Melaka perlu diakui, BERSATU dan PAS boleh berbangga kerana prestasi mereka jauh lebih baik daripada PKR dan PAN di banyak kerusi.

BERSATU dan PAS juga boleh berbangga dengan hakikat bahawa tidak seorang pun daripada semua calon mereka kehilangan wang deposit berbanding seorang calon PKR dan seorang calon PAN yang tanpa disangka-sangka kehilangan wang deposit, iaitu:

(1) Calon PKR, Zainal Bin Hassan, yang hanya memperolehi 489 undi di N.02 Tanjung Bidara.

(2) Calon PAN, Mazenah Binti Baharuddin, yang hanya memperolehi 489 undi di N.03 Ayer Limau.

Meneliti keputusan PRN Melaka dari sudut yang dinyatakan ini, kita pastinya tidak dapat lari dari bertanya apa yang sudah terjadi kepada PH yang seperti sudah hilang terus sokongan pengundi Melayu terhadapnya yang mana jika puncanya tidak segera dikenal pasti dan cuba ditangani pastilah akan membawa musibah yang jauh lebih besar kepadanya dalam PRU15.





............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo