NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS pernah tanding guna logo BN pada PRU 1974


KUALA NERUS: Keputusan PAS bertanding menggunakan logo Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) 1974 membuahkan hasil apabila menang besar pada pilihan raya tersebut.

Malah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, logo BN ketika itu dicipta hasil idea Yang Dipertua PAS Dato’ Mohd Asri Muda.

“Ini menggambarkan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan perkara pelik,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada muktamar PAS kali ke-67 di Duyong Marina Resort hari ini.

Menurutnya juga perkara itu bukan pelik kerana sebelum ini banyak tempat yang terkenal sebagai kuat Umno akhirnya berjaya ditembusi PAS.

Antaranya kata beliau Baling, Kemaman dan Gua Musang merupakan kawasan yang pernah menjadi kuat Umno, namun sekarang sudah berjaya ditembusi PAS.

“Begitu juga dengan situasi yang berlaku di Melaka biarpun kawasan itu kuat Umno, namun situasi sekarang berbeza,” ujarnya.

Kata beliau juga ahli parlimen PAS tidak pernah berganjak daripada perjuangan biarpun ada wakil rakyat dari parti lain melompat parti.

Katanya kejayaan itu kerana hasil berkat baiah yang menyelamatkan wakil rakyat PAS daripada peristiwa melompat parti.

“Kerajaan PAS Kelantan pernah dibuli pada peringkat awal mentdbir negeri itu pada 1959. Biarpun dibuli namun rakyat Kelantan tetap menyokong PAS sehingga sekarang,” ujarnya.

Beliau turut merakam ucapan tahniah kepada ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang terpilih pada muktamar kali ini.

“Saya rakam tahniah keapda pemimpin yang dipilih pada mktamar kali ini, namun harus ingat mereka yang berada di atas mudah dipanah petir, namun bagi yang menjadi lantai pula mudah ditenggelami banjir,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/11/2021

PAS pernah tanding guna logo BN pada PRU 1974 https://harakahdaily.net/index.php/2021/11/07/pas-pernah-tanding-guna-logo-bn-pada-pru-1974/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo