NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Clare Rewcastle Brown kini ‘orang dikehendaki’ polis


Polis merayu orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, berikutan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya pada September.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Supt Junainah Kasbolah di talian 019-7051222 atau pegawai penyiasat kes ASP Mohd Khairul Ridzuan Khiruddin di talian 017-6404440.”

Mengulas hal itu, Rewcastle Brown berkata dia akan mengendalikan seminar mengenai “mafia balak”, yang akan diadakan pada hari Isnin di Universiti Strathclyde di Glasgow, UK, dan juga boleh diikuti secara dalam talian.

Katanya, dia juga akan menghadiri majlis kebebasan akhbar di London pada 21 Nov, dan satu lagi acara di parlimen UK pada minggu berikutnya yang mana dia juga akan membincangkan kebebasan akhbar.

- 3rdForce


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo