NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selit RM50 pada bungkusan makanan untuk raih undi, polis Melaka buka kertas siasatan


Polis Melaka membuka satu kertas siasatan berkaitan video dan gambar yang tular menunjukkan beberapa bungkusan makanan diselitkan wang RM50 sejak semalam yang dikaitkan dengan program meraih undi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Azlan Abu berkata, siasatan dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut Azlan, penularan gambar berkenaan dikesan sejak semalam yang dimuat naik di akaun media sosial Facebook dengan keterangan gambar kejadian berlaku di Melaka.

“Malah, terdapat juga komen-komen mengatakan bahawa program itu berunsurkan politik bagi tujuan meraih undi.

“Hasil semakan polis Melaka juga mendapati, terdapat sebuah video berkenaan kejadian itu menunjukkan agihan bantuan makanan dan wang kepada orang-orang tua.

“Bagaimanapun, polis tidak mengesan sebarang aktiviti meraih undi atau apa-apa lambang atau elemen parti politik di dalam kandungan video tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Md Assyukri Saini di nombor 016-7530492.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Azlan berkata, polis Melaka telah membuka 16 kertas siasatan dan lima kompaun dikeluarkan berkaitan PRN Melaka bermula 25 Oktober sehingga semalam.

“Orang ramai dinasihati tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih atas tujuan dan kepentingan sendiri.

“Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi bagi setiap kesalahan yang dilakukan,” katanya.

- MG


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo