NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parti WARISAN lebarkan sayap ke semenanjung bulan depan




TAWAU: Parti WARISAN yang akan melebarkan sayapnya ke semenanjung pada bulan depan dilihat akan mendapat sokonga rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15

Presiden Parti WARISAN, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata sudah tiba masanya parti ini melebarkan sayapnya ke semenanjung untuk menyambung perjuangan pemimpin terdahulu.

“WARISAN akan menjadi landasan dan pilihan rakyat dalam memantapkan perjuangan pemimpin dahulu untuk membina sebuah negara dan tidak berlandaskan hanya kaum dan agama sahaja.

“Landasan itu sebenarnya sudah dilaungkan oleh pemimpin sekarang tetapi ia tidak dapat ditunaikan, jadi kita beranggapan WARISAN perlu mengambil peranan itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan parti WARISAN Bahagian Semporna, di sini semalam.

Katanya, WARISAN tidak perlu dijenamakan semula walaupun akan melebarkan sayapnya ke semenanjung.

“Dalam Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), kita hanya letak parti WARISAN sahaja dan ia tidak menunjukan kenegerian.

“Cuma pada awal penubuhannya, kita hanya hadkan untuk negeri Sabah sahaja dan ingin ditadbir bersama rakan-rakan kita di sini,” katanya.

Ditanya mengenai sokongan pemimpin di semenanjung, katanya setakat ini memang ada sokongan daripada rakan-rakan di sana.

“Kita ada ramai rakan di semenanjung dan sudah bertemu dengan mereka, malah dalam kalangan mereka adalah bekas wakil rakyat dan Exco.

“Mereka juga ada yang berpotensi tetapi tidak ada platform untuk bertanding atau menyuarakan ke arah pembangunan negara,” katanya.

Menurutnya, setakat ini WARISAN juga sudah berbincang dengan Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (MUDA) dalam usaha mewujudkan kerjasama.

“Namun, parti itu belum berdaftar lagi tapi ahlinya sudah ada dalam kalangan anak muda yang berjiwa besar dalam kepimpinan negara.

“Kita perlu lahirkan proses peremajaan dalam kepimpinan negara dan perlu memberikan mereka peluang untuk mentadbir negara,” katanya.

Turut hadir, Naib Presiden Parti WARISAN Datuk Jaujan Sambakong.

https://www.utusanborneo.com.my/2021/11/24/parti-warisan-lebarkan-sayap-ke-semenanjung-bulan-depan

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo