NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kematian TKM kehilangan besar buat Sarawak - Abang Johari


Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg hari ini menyifatkan kematian timbalannya, James Jemut Masing sebagai kehilangan besar bagi negeri itu.

Bercakap di Lawas, beliau berkata Masing adalah pemimpin yang sentiasa memikirkan kepentingan rakyat.

“Saya rasa amat sedih. Saya secara peribadi mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri.

“Beliau adalah seorang rakan dalam kerajaan yang banyak memberikan sumbangan dalam kita menguruskan negeri, lebih-lebih lagi beberapa idea beliau semenjak menjadi ahli Kabinet di bawah Taib Mahmud, arwah Adenan Satim dan saya,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Jemut Masing dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 7 pagi tadi akibat komplikasi Covid-19.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.

28 September lalu, James dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak selepas disahkan positif Covid-19.

Timbalan ketua menteri Sarawak itu juga merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak. Beliau adalah ahli Dewan Undangan Negeri Baleh sejak tahun 1983.

- MN

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo