NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rafizi bidas Mat Sabu ‘membisu’ kedudukan 3 ADUN Melaka

Seorang pemimpin PKR membidas tindakan Amanah yang membisu berhubung kedudukan tiga ADUN Melaka yang terbabit menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Umno.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan individu yang berkeras mahu menerima “katak” itu ke dalam khemah Pakatan Harapan adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Pengerusi Amanah Melaka yang juga bekas Ketua Menteri, Adly Zahari.

Rafizi mendakwa pimpinan Amanah menggunakan alasan kononnya trio bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) mampu membawa lonjakan kepada pakatan itu di pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini.

Bagaimanapun, katanya, isu mengenai nasib tiga ADUN itu seolah-olah ditanggung sendiri oleh PKR.

“Selain hanya segelintir pimpinan PKR mahu menerima ‘katak’ terbabit, yang berkeras nak ambil katak-katak untuk PRN Melaka, adalah Mat Sabu dan Adly dari Amanah.

“Alasannya bagi lonjakan seperti Mahathir konon bagi lonjakan semasa PRU14. Yang kena maki dan jawab Anwar Ibrahim (Presiden PKR),” katanya.

Beliau juga membidas tindakan Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, yang hanya “lincah” di dalam mesyuarat PH tetapi membisu di luar.

“Mat Sabu tolonglah jawab sekali, jangan bising masa mesyuarat PH saja. Sudah sampai masanya Presiden Amanah dan Pengerusi Amanah Melaka pula cuba meyakinkan pendokong PH di luar ini kot (ikut) belah mana kemasukan katak-katak politik akan memberi lonjakan yang boleh memenangkan PH di Melaka.

“Ini hujah kuat berdegar-degar dalam mesyuarat PH tapi tidak cukup berdegar-degar di luar,” katanya.

Semalam, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengakui sukar untuk menolak tiga ADUN Melaka berkenaan dan kurang bersetuju jika ada pihak menyamakan bekas pemimpin Umno dan Bersatu itu dengan kumpulan “Langkah Sheraton”.

“Sekarang kita ada masalah untuk menolak begitu saja seperti diharapkan sesetengah dalam media sosial. Dia sokong untuk kembalikan mandat kita.

“Tetapi saya kurang bersetuju orang longgok mereka sebagai satu kumpulan sama dengan Langkah Sheraton umpamanya yang mengkhianati amanah rakyat, ini mereka nak kembalikan amanah kepada PH. Itu pertimbangan kita,” katanya dalam majlis di DUN Chuah, Negeri Sembilan.

- FMT

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo