NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanya empat ahli WARISAN Lahad Datu ikut jejak Mohamaddin keluar parti


LAHAD DATU: Parti Warisan Sabah (WARISAN) mengesahkan hanya empat orang ahlinya menyertai Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama mengumumkan keluar parti.

Ahli Majlis tertinggi (AMT) WARISAN Azhar Matussin berkata, ini sekali gus memperlihatkan WARISAN Bahagian Lahad Datu tetap kukuh berada pada landasan terbaik mengambil semula kedua-dua kerusi tersebut dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, penyokong WARISAN Lahad Datu sudah terbiasa dengan ketiadaan Mohamaddin berikutan beliau jarang berada di kawasan untuk berjumpa rakyat.

“Pemergiannya sangat tidak akan dirasai oleh setiap lapisan penyokong WARISAN di Lahad Datu…malah tadi dalam dewan ketika sidang media dijalankan suasana dewan penuh dengan sorakkan kehadiran daripada penyokong tegar kita.

“Dalam taklimat dijalankan oleh Bahagian dihadiri Ahli Jawatankuasa bahagian terdiri daripada Wanita, Wira serta Wirawati sambutan sangat diluar jangka…dewan penuh manakala sebahagian penyokong terpaksa menunggu tunggu di luar dewan, untuk mematuhi Prosuder Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Hadir sama dalam sidang media, Ketua Penerangan WARISAN Datuk Ag Ahmad Shah Ashari serta pemimpin yang lain.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Darau berkata, keyakinan yang ditunjukkan dengan kehadiran ramai penyokong tadi memperlihatkan sokongan padu serta kekal bersama-sama kepimpinan parti, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Ketika ini semua kepimpinan akan bersatu padu mengatur strategi untuk menggerakkan jentera persiapan PRU yang bakal diadakan pada bila-bila masa,” katanya.

Dalam perkembangan sama ketiga-tiga ADUN dalam parlimen Lahad Datu menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan parti.

“Mereka ialah Assaffal Alian merangkap ADUN Tungku selaku Timbalan Ketua Bahagian. manakala ADUN Kunak Norazlina Arif serta Dumi Pg Masdal ADUN Lahad Datu kekal dengan pendirian untuk bersama WARISAN serta fokus membantu rakyat selaras dengan mandat yang diberikan rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu,” katanya. – Utusan Borneo

https://www.sabahgazette.com/hanya-empat-ahli-warisan-lahad-datu-ikut-jejak-mohamaddin-keluar-parti/


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo