NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mohamaddin Ketapi keluar Warisan


KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi, hari ini mengumumkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi menjadi wakil rakyat bebas yang memberi sokongan kepada kerajaan.

Mohamaddin berkata antara punca utama tindakan keluar parti berkenaan adalah demi kemajuan dan pembangunan di kawasan yang diwakili iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama dan Parlimen Lahad Datu secara amnya.

Katanya, beliau sudah lebih setahun saya berada dipihak pembangkang namun tiada sebarang kemajuan yang dapat dibawa ke kawasan Parlimen Lahad Datu.

“Sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 tahun lalu, saya berjanji kepada pengundi Segama untuk membawa seberapa banyak kemajuan dan pembangunan di kawasan itu termasuklah usul membina sebuah Pejabat Daerah Kecil Segama.

“Saya sukar menjawab pertanyaan penyokong mengenai usaha untuk membangunkan Lahad Datu khususnya Segama sekiranya masih berterusan berada dalam kelompok pembangkang. Sudah tentu kemajuan serta pembangunan di DUN Segama ini akan terus terabai,” katanya dalam satu sidang media khas sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Mohamaddin menyatakan walaupun mesra kepada kerajaan negeri bagi DUN yang diwakili namun beliau memaklumkan dirinya kekal menjadi seorang Ahli Parlimen bebas dan tidak menyokong mana-mana pihak di peringkat persekutuan.-K! ONLINE



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo