NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Salang ambil alih sementara tugas presiden PRS


KUCHING: Datuk Joseph Salang Gandum mengambil alih tugas presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) sehingga pemilihan parti yang dijadual selepas Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) kelak.

Beliau yang ditemui pemberita selepas mesyuarat majlis kerja tertinggi (MKT) parti hari ini, berkata sebagai timbalan presiden, beliau tiada pilihan dan perlu ambil alih peranan presiden yang mana kini kosong.

“Berdasarkan perlembagaan parti, saya sebagai timbalan presiden tidak ada pilihan dan perlu mengambil alih peranan presiden sehingga pemilihan parti.

“Pemilihan akan diadakan selepas pilihan raya negeri seperti dalam resolusi kami pada mesyuarat agung tahunan (AGM) terakhir di Sibu,” katanya.

Mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh susulan kematian penyandangnya Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing yang juga presiden parti serta timbalan ketua menteri, Salang berkata ia akan dibincangkan kelak.


ADVERTISEMENT


Katanya parti telah membuat semua kerja-kerja persediaan untuk mempertahankan kerusi Baleh dan tugas mereka sekarang adalah untuk memilih calon paling sesuai untuk bertanding di Baleh.

Justeru katanya parti cawangan diminta untuk mengadakan mesyuarat dan mengemukakan cadangan nama kepada parti yang akan bertanding di Baleh.

Salang turut memaklumkan parti sebelum ini telah menyenaraikan semua 11 penyandang untuk bertanding mempertahankan kerusi masing-masing.

Tetapi katanya pemilihan akhir calon juga boleh dibuat pada saat akhir seperti yang pernah berlaku kepada beliau pada tahun 1999 dicalonkan tiga hari sebelum hari penamaan calon.

Dalam pada itu, parti yang berduka atas kepergian presiden mereka berkata upacara penghormatan terakhir akan diadakan di Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak, Jalan Stampin.

Manakala upacara pengebumian akan berlangsung pada sebelah petang sekitar jam 3 petang hari yang sama di Taman Peringatan Nirvana, Bau.

https://www.utusanborneo.com.my/2021/10/31/salang-ambil-alih-sementara-tugas-presiden-prs




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo