NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PDRM: Tiada lagi amaran, terus kompaun individu belum vaksin rentas negeri.


Memetik Harian Metro, bermula hari ini pihak Polis akan mengeluarkan kompaun kepada individu belum divaksin yang didapati melakukan rentas negeri susulan kebenaran aktiviti itu oleh kerajaan.

Menurut Datuk Hazani Ghazali, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, polis akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan supaya orang ramai mematuhi SOP) ditetapkan, selain memastikan tiada individu belum menerima vaksin Covid-19 mengambil kesempatan.

Sumber: Harian Metro

#InfoKini

Aktiviti Perniagaan: Surat Kebenaran CIMS Tidak Lagi Diperlukan.

Semua perniagaan dalam sektor perdagangan pengedaran bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak lagi memerlukan surat kebenaran beroperasi melalui Sistem COVID-19 Information Management System (CIMS).

Kini difahamkan bahawa arahan ini susulan keputusan kerajaan membenarkan semula aktiviti rentas negeri.

Walaubagaimapun, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut menyatakan yang setiap sektor masih lagi tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa, terutamanya bagi negeri yang masih dalam Fasa 2 dan 3.

Sumber: Harian Metro
#InfoKini


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo