NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS kesal tindakan Ganabatirau maki penjawat awam


 
– Oleh HAIKA KHAZI

26 OKT: PAS sangat kesal tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Selangor, V. Ganabatirau, yang menengking penjawat awam (kakitangan JPS) di khalayak ramai.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata biarpun EXCO Selangor berkenaan telah memohon maaf, namun ia telah mengaibkan kakitangan tersebut.

“Apa pun alasan yang diberikan, jangan bersikap tidak profesional dan mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap mereka.

“Jika terdapat masalah atau isu tertentu, disaran untuk berbincang dengan berhemah. Mengapa perlu marah dan menengking?

“Ahli politik dan penjawat awam harus mempunyai hubungan yang baik bagi memastikan polisi dan program kerajaan berjalan dengan lancar demi kemaslahatan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya di sini hari ini.

Pada Isnin, tular video di media sosial yang didakwa membabitkan Ganabatirau yang dilihat memaki hamun kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) malah video itu turut didakwa dimuat naik oleh exco terbabit.

Berikutan itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) terkilan dengan tindakan individu dalam video berkenaan yang disifatkan tidak profesional.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat turut menganggap tindakan individu terbabit yang mengeluarkan kata-kata kesat serta suara tinggi terhadap penjawat awam juga sangat keterlaluan.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo