NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Konsert Arab Saudi: Agenda liberalisasi ekonomi & sosial



Oleh: Nazef Iskandar Abdullah

1) Kita dikejutkan dengan video-video dan gambar festival mega yang diadakan di bumi Arab Saudi, negara khadam Dua Tanah Suci Mekah Madinah. Konsert mega yang dihadiri Pitbull, DJ Snake dan ramai artis-artis terkenal barat itu dikatakan dikunjungi lebih 250 ribu orang. Wow ramai tu! Tu tak kira lagi yang tengok live di media sosial dan televisyen.

2) Konsert mega itu adalah salah satu acara pembukaan kepada kempen Riyadh Season. Satu kempen promosi Arab Saudi kepada dunia melalui budaya, seni, hiburan, makanan dan lain-lain. Dianjurkan oleh General Entertainment Authority. Dan ya, Riyadh itu ibu negara mereka dan jauh sangat daripada Haramain. Lebih kurang 800km jarak antara kota tersebut.

3) Mungkin ada yang pelik kenapa tiba-tiba Arab Saudi nampak berubah buat konsert semua ini kan? Sebenarnya inilah proses liberalisasi ekonomi dan sosial Arab Saudi. Dalam dunia politik serantau Arab, Arab Saudi memang 'abang besar'. Tapi di kaca mata kebanyakan dunia barat, Arab Saudi masih sebuah negara padang pasir yang konservatif. Padahal pak-pak shekih Arab Saudi ni ramai yang kaya gila, kaya yang diluar jangkaan.

4) Riyadh Season ni salah satu apa yang terkandung dalam Saudi Vision 2030. Satu grandplan untuk liberalisasikan sosial dan ekonomi Arab Saudi. Diketuai Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamad bin Salman atau sering dipanggil MBS. Saudi Vision 2030 ini adalah satu perancangan sejak tahun 2016 lagi memfokuskan ekonomi dan sosial. Liberalisasi ini bukan sahaja stigma liberal yang biasa masyarakat Malaysia gunakan untuk melabel orang yang terlampau bebas hingga melupakan ajaran agama, malah juga pada sektor ekonomi. Maksudnya lebih luas.

5) Antara terkandung dalam Saudi Vision 2030 dalam sektor ekonomi ialah pengurangan bergantungan kepada hasil emas hitam iaitu minyak. Hasil minyak menyumbang kepada 30-40 peratus GDP Arab Saudi, tidak ditambah dengan sektor ekonomi yang mendapat keuntungan daripada hasil minyak ini lagi. Sangat besar kebergantungan negara itu kepada minyak.

6) Melihat trend banyak negara sudah mulai beralih kepada Kereta Eletrik (EV) terutama di China dan US yang sangat pesat, perkara ini akan menjadi satu masalah besar pada masa hadapan ekonomi Arab Saudi. Pernah dengar Tesla? Syarikat kenderaan eletrik milik Elon Musk tersebut antara pelopor kepada kenderaan eletrik dan sangat digemari oleh rakyat US dan China. Bila dua kuasa besar dalam ekonomi dunia ini pun syok kepada EV, maka sudah pasti tempiasnya akan kepada negara-negara lain. Maka liberalisasi ekonomi Arab Saudi akan mula beralih kepada sektor perkhidmatan, pelancongan, teknologi dan lain-lain.

7) Dalam sektor ekonomi sangat mementingkan pelaburan. Maka, antara perancangan MBS dan team Saudi Vision 2030 adalah mengubah imej Arab Saudi yang konservatif dan Islamik kepada lebih liberal supaya dapat yakinkan para pelabur antarabangsa sepertimana apa yang berlaku di UAE dan negara teluk yang lain. Maka Riyadh Season antaranya. Daripada bintang bola sepak Messi dan team PSGnya, kepada bintang gusti WWE, dan artis hiburan antarabangsa Pitbull dan ramai lagi. Inilah permulaannya liberalisasi sosial untuk mengubah persepsi barat terhadap negara khadam Haramain.

Kita tidak menghalang kemajuan. Tetapi bila berlaku banyaknya konsert hiburan melampau di sebuah negara yang di benderanya sendiri tertulis dua kalimah suci syahadah, perkara tersebut agak terkilan dilihat.

9) Di kala, belahan dunia lain sibuk menyambut memperingati bulan kelahiran Rasulullah, di bumi asal baginda sedang lagho dengan perkara yang ditegah baginda sendiri. Di Malaysia, tidak dinafikan konsert sebegitu memang ada juga, tapi bila melihat pak sheikh arab berjubah putih dan hakak arab berabaya hitam berjoget meraikan hiburan melampau tersebut, sedih dan takut mengalir dalam diri sendiri.

Akhirnya berbalik pada diri kita sendiri. Islam itu bukan kuat kerana bangsa arab, tetapi dengan prinsip Islam itu sendiri.

#PAMI 2021



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo