NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Konsep Keluarga Malaysia jamin kestabilan negara




26 OKT: PAS menyambut baik konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri untuk diterapkan dalam pentadbiran kerajaan, berteraskan nilai keterangkuman dan kebersamaan, seterusnya menjadi intipati utama pelaksanaan RMK-12 dan Belanjawan 2021.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS menerima realiti kemajmukan kaum dan agama di Malaysia dengan memperkenalkan konsep adil untuk semua, tiada paksaan dalam beragama.

Beliau berkata semua pihak juga wajib bertolong-tolongan antara satu sama lain, di atas konsep perpaduan umat manusia yang merupakan satu keluarga besar walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

“PAS melalui pentadbiran di Kelantan, Terengganu dan Kedah sudah berjaya membuktikan bahawa keadilan kepada semua telahpun direalisasikan, melalui hak beragama, bermasyarakat dan berkebajikan yang dipelihara oleh Kerajaan di bawah kepimpinan Islam.

“Justeru PAS menerima konsep Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Islam bagi menjamin kestabilan negara, seterusnya mengajak semua pihak untuk menjayakan hasrat murni ini demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya di sini hari ini.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo