NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Islam: Cahaya yang tidak mampu dipadamkan



Minda Presiden PAS


ISLAM: CAHAYA YANG TIDAK MAMPU DIPADAMKAN


Firman Allah SWT:


﴿ŁŠُŲ±ِŁŠŲÆُŁˆŁ†َ Ł„ِŁŠُŲ·ۡŁِ‍ُٔŁˆŲ§ْ Ł†ُŁˆŲ±َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŲØِŲ£َŁۡŁˆَٰŁ‡ِŁ‡ِŁ…ۡ ŁˆَŁ±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł…ُŲŖِŁ…ُّ Ł†ُŁˆŲ±ِŁ‡ِŪ¦ ŁˆَŁ„َŁˆۡ ŁƒَŲ±ِŁ‡َ Ł±Ł„ۡŁƒَٰŁِŲ±ُŁˆŁ†َŁØ Ł‡ُŁˆَ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠٓ Ų£َŲ±ۡŲ³َŁ„َ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„َŁ‡ُŪ„ ŲØِŁ±Ł„ۡŁ‡ُŲÆَŁ‰ٰ ŁˆَŲÆِŁŠŁ†ِ Ł±Ł„ۡŲ­َŁ‚ِّ Ł„ِŁŠُŲøۡŁ‡ِŲ±َŁ‡ُŪ„ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł±Ł„ŲÆِّŁŠŁ†ِ ŁƒُŁ„ِّŁ‡ِŪ¦ ŁˆَŁ„َŁˆۡ ŁƒَŲ±ِŁ‡َ Ł±Ł„ۡŁ…ُŲ“ۡŲ±ِŁƒُŁˆŁ†َŁ©﴾


“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah (Islam) dengan mulut (perancangan dan tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir membencinya. (8); Dialah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya atas segala agama (dan ajaran yang lain) meskipun orang Musyrik membenci (terhadap Islam). (9).” (Surah al-Saff: 8-9)


Cahaya yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah Islam, agama yang menjadi petunjuk Allah SWT dan ajaran-Nya yang dianuti oleh para Rasul AS sejak Nabi Adam AS sehingga berakhir dengan Nabi Muhammad SAW.


Itulah petunjuk yang sempurna dan dilaksanakan dengan istiqamah dalam menghayati perjalanan alam yang tetap dan mengalami perubahan, termasuklah manusia yang ditugaskan untuk berada di alam dunia dan muka bumi. Penganut Islam juga beriman dengan semua Rasul AS. Firman Allah SWT:


﴿Ų£َŁَŲŗَŁŠۡŲ±َ ŲÆِŁŠŁ†ِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁŠَŲØۡŲŗُŁˆŁ†َ ŁˆَŁ„َŁ‡ُŪ„ٓ Ų£َŲ³ۡŁ„َŁ…َ Ł…َŁ† ŁِŁŠ Ł±Ł„Ų³َّŁ…َٰŁˆَٰŲŖِ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ Ų·َŁˆۡŲ¹ٗŲ§ ŁˆَŁƒَŲ±ۡŁ‡ٗŲ§ ŁˆَŲ„ِŁ„َŁŠۡŁ‡ِ ŁŠُŲ±ۡŲ¬َŲ¹ُŁˆŁ†َŁØŁ£ Ł‚ُŁ„ۡ Ų”َŲ§Ł…َŁ†َّŲ§ ŲØِŁ±Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŁ…َŲ§ٓ Ų£ُŁ†Ų²ِŁ„َ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁ†َŲ§ ŁˆَŁ…َŲ§ٓ Ų£ُŁ†Ų²ِŁ„َ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰٓ Ų„ِŲØۡŲ±َٰŁ‡ِŁŠŁ…َ ŁˆَŲ„ِŲ³ۡŁ…َٰŲ¹ِŁŠŁ„َ ŁˆَŲ„ِŲ³ۡŲ­َٰŁ‚َ ŁˆَŁŠَŲ¹ۡŁ‚ُŁˆŲØَ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ£َŲ³ۡŲØَŲ§Ų·ِ ŁˆَŁ…َŲ§ٓ Ų£ُŁˆŲŖِŁŠَ Ł…ُŁˆŲ³َŁ‰ٰ ŁˆَŲ¹ِŁŠŲ³َŁ‰ٰ ŁˆَŁ±Ł„Ł†َّŲØِŁŠُّŁˆŁ†َ Ł…ِŁ† Ų±َّŲØِّŁ‡ِŁ…ۡ Ł„َŲ§ Ł†ُŁَŲ±ِّŁ‚ُ ŲØَŁŠۡŁ†َ Ų£َŲ­َŲÆٖ Ł…ِّŁ†ۡŁ‡ُŁ…ۡ ŁˆَŁ†َŲ­ۡŁ†ُ Ł„َŁ‡ُŪ„ Ł…ُŲ³ۡŁ„ِŁ…ُŁˆŁ†َŁØŁ¤ ŁˆَŁ…َŁ† ŁŠَŲØۡŲŖَŲŗِ ŲŗَŁŠۡŲ±َ Ł±Ł„ۡŲ„ِŲ³ۡŁ„َٰŁ…ِ ŲÆِŁŠŁ†ٗŲ§ ŁَŁ„َŁ† ŁŠُŁ‚ۡŲØَŁ„َ Ł…ِŁ†ۡŁ‡ُ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŲ£ٓŲ®ِŲ±َŲ©ِ Ł…ِŁ†َ Ł±Ł„ۡŲ®َٰŲ³ِŲ±ِŁŠŁ†َŁØŁ„﴾


“Maka, apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah (Islam), padahal kepada-Nyalah menyerahkan diri (Islam) segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan. (83); Katakanlah: ‘Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma‘il, Ishaq, Ya‘qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ‘Isa, dan para nabi daripada Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka dan hanya kepada-Nyalah kami menyerahkan diri.’ (84); Sesiapa yang mencari agama (apa-apa ajaran) selain Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (85).” (Surah Ali ‘Imran: 83-85)


Sesiapa pun tidak mempunyai kemampuan untuk melawan Allah Tuhan semesta alam bagi menguasai peredaran alam seperti matahari, bulan, bintang, dan cakerawala atau memadamkan cahaya-Nya. Begitu jugalah, tiada sesiapa pun yang berkuasa menghapuskan Islam semenjak zaman para Rasul dahulu sehinggalah zaman kini.


Semua kuasa besar dunia yang mencabar Islam telah kecundang dan hanya tinggal namanya dalam lipatan sejarah. Kesan keruntuhan kuasa besar itu ditinggalkan untuk menjadi kenangan generasi kemudian, manakala semua manusia yang membinanya telah dibinasakan oleh Allah SWT apabila mereka ditelan bumi.


Allah SWT memberikan masa yang cukup kepada mereka semua supaya berfikir dan insaf tanpa dipaksa untuk menerima Islam. Perkara tersebut berlaku setelah ditunjukkan kebenaran Islam melalui sifat mulia dan ikhlas para Rasul yang membawa Islam, di samping pengikutnya yang setia.


Apa yang berlaku ialah keangkuhan kerana kuasa dan harta yang diberikan oleh Allah tanpa bersyukur kepada-Nya. Bahkan, Islam dan pendukungnya sehinggalah penganutnya dijadikan sasaran kezaliman tanpa peri kemanusiaan, sama ada oleh individu ataupun kumpulan yang menentangnya bagi menutup kebenaran Islam dengan segala cara, termasuklah menghancurkan kejayaannya dengan harta dan bala tentera.


Selepas kedatangan Nabi akhir zaman, musuh-musuh Islam menyebarkan fitnah untuk memburukkan keperibadian Rasulullah SAW dengan mengatakannya seorang yang sesat, ahli sihir, gila, dan sebagainya. Akan tetapi, penerimaan terhadap dakwah Baginda SAW gagal disekat, malah orang-orang yang beriman pula semakin bertambah kerana menyaksikan kebenaran Islam dan kebaikan Rasul serta penganutnya.


Sehinggakan, jumlah mereka yang memeluk Islam meningkat berkali-kali ganda apabila segala pembohongan fitnah yang disebarkan terdedah kebenarannya. Malangnya, dirancang pula untuk membunuh Rasulullah SAW yang membawa kepada peristiwa Hijrah, dan meningkatkan lagi kekuatan Islam sehingga berjaya menegakkan sebuah negara yang berdaulat.


Kemudian, dilancarkan serangan yang bertubi-tubi bagi menjatuhkan kerajaan Islam, sehingga dibentuk bala tentera Ahzab (gabungan Yahudi Ahli Kitab dan beberapa kabilah Musyrikin) untuk mengepung Madinah dengan anggota tentera yang berlipat kali ganda jumlahnya daripada jumlah penganut Islam. Di samping itu, mereka turut memperalatkan golongan munafiqin yang berada dalam masyarakat umat Islam.


Namun begitu, mereka gagal sehingga terpaksa berundur. Akhirnya, kaum Yahudi dihalau dari Madinah, manakala Makkah berjaya dibebaskan. Natijahnya, kabilah Arab datang berduyun-duyun bagi menyerah kalah dan memeluk Islam. Allah SWT menegaskan keadaan ini melalui firman-Nya:


﴿... Ł±Ł„ۡŁŠَŁˆۡŁ…َ ŁŠَŲ¦ِŲ³َ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁƒَŁَŲ±ُŁˆŲ§ْ Ł…ِŁ† ŲÆِŁŠŁ†ِŁƒُŁ…ۡ ŁَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ®ۡŲ“َŁˆۡŁ‡ُŁ…ۡ ŁˆَŁ±Ų®ۡŲ“َŁˆۡŁ†ِۚ Ł±Ł„ۡŁŠَŁˆۡŁ…َ Ų£َŁƒۡŁ…َŁ„ۡŲŖُ Ł„َŁƒُŁ…ۡ ŲÆِŁŠŁ†َŁƒُŁ…ۡ ŁˆَŲ£َŲŖۡŁ…َŁ…ۡŲŖُ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁƒُŁ…ۡ Ł†ِŲ¹ۡŁ…َŲŖِŁŠ ŁˆَŲ±َŲ¶ِŁŠŲŖُ Ł„َŁƒُŁ…ُ Ł±Ł„ۡŲ„ِŲ³ۡŁ„َٰŁ…َ ŲÆِŁŠŁ†ٗŲ§ۚ ... Ł£﴾


“...Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agama kalian (Islam), sebab itu janganlah kalian takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini, telah Aku sempurnakan untuk kalian agama kalian, dan telah Aku cukupkan kepada kalian ni‘mat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu menjadi agama bagi kalian.” (Surah al-Ma’idah: 3)


Umat Islam menghadapi peristiwa kewafatan Rasulullah SAW setelah Islam disempurnakan ajarannya. Namun, cahaya Islam tidak padam dengan kewafatan Baginda SAW kerana Islam merupakan cahaya petunjuk Allah SWT.


Ketika peristiwa kewafatan Rasulullah SAW, keadaannya adalah sangat mencabar apabila sebahagian daripada kabilah Arab murtad. Dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom pula menggerakkan bala tentera bagi mengepung dan memadamkan cahaya Islam. Walau bagaimanapun, gerakan murtad berjaya dikalahkan dan dua kuasa besar dunia berjaya ditumbangkan.


Islam diterima oleh penduduknya dan cahayanya menembusi Tembok Besar China serta menyeberangi lautan sehingga Nusantara. Kesannya, wilayah Islam merangkumi sebahagian daripada tiga benua besar, iaitu Asia, Afrika, dan Eropah.


Islam pula berjaya mengIslamkan ilmu yang bermanfaat daripada tamadun pelbagai bangsa yang lain dengan melahirkan Tamadun Islam yang selamat dan sejahtera.


Allah SWT berfirman:


﴿ŁŠَٰٓŲ£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ْ Ł…َŁ† ŁŠَŲ±ۡŲŖَŲÆَّ Ł…ِŁ†ŁƒُŁ…ۡ Ų¹َŁ† ŲÆِŁŠŁ†ِŁ‡ِŪ¦ ŁَŲ³َŁˆۡŁَ ŁŠَŲ£ۡŲŖِŁŠ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŲØِŁ‚َŁˆۡŁ…ٖ ŁŠُŲ­ِŲØُّŁ‡ُŁ…ۡ ŁˆَŁŠُŲ­ِŲØُّŁˆŁ†َŁ‡ُŪ„ٓ Ų£َŲ°ِŁ„َّŲ©ٍ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł±Ł„ۡŁ…ُŲ¤ۡŁ…ِŁ†ِŁŠŁ†َ Ų£َŲ¹ِŲ²َّŲ©ٍ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł±Ł„ۡŁƒَٰŁِŲ±ِŁŠŁ†َ ŁŠُŲ¬َٰŁ‡ِŲÆُŁˆŁ†َ ŁِŁŠ Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠَŲ®َŲ§ŁُŁˆŁ†َ Ł„َŁˆۡŁ…َŲ©َ Ł„َŲ§ٓŲ¦ِŁ…ٖۚ Ų°َٰŁ„ِŁƒَ ŁَŲ¶ۡŁ„ُ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁŠُŲ¤ۡŲŖِŁŠŁ‡ِ Ł…َŁ† ŁŠَŲ“َŲ§ٓŲ”ُۚ ŁˆَŁ±Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁˆَٰŲ³ِŲ¹ٌ Ų¹َŁ„ِŁŠŁ…ٌŁ„Ł¤ Ų„ِŁ†َّŁ…َŲ§ ŁˆَŁ„ِŁŠُّŁƒُŁ…ُ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ ŁˆَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„ُŁ‡ُŪ„ ŁˆَŁ±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ْ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŁŠُŁ‚ِŁŠŁ…ُŁˆŁ†َ Ł±Ł„ŲµَّŁ„َŁˆٰŲ©َ ŁˆَŁŠُŲ¤ۡŲŖُŁˆŁ†َ Ł±Ł„Ų²َّŁƒَŁˆٰŲ©َ ŁˆَŁ‡ُŁ…ۡ Ų±َٰŁƒِŲ¹ُŁˆŁ†َŁ„Ł„ ŁˆَŁ…َŁ† ŁŠَŲŖَŁˆَŁ„َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁˆَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„َŁ‡ُŪ„ ŁˆَŁ±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َŁ†ُŁˆŲ§ْ ŁَŲ„ِŁ†َّ Ų­ِŲ²ۡŲØَ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł‡ُŁ…ُ Ł±Ł„ۡŲŗَٰŁ„ِŲØُŁˆŁ†َŁ„Ł¦﴾


“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa antara kalian yang murtad daripada agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang-orang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (54); Sesungguhnya, penolong kalian hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). (55); Dan sesiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang. (56).” (Surah al-Ma’idah: 54-56)


Ketika umat Islam berada pada era kelemahan kerana usia pemerintahannya yang sudah lanjut, musuh Islam mengambil peluang dengan melancarkan Perang Salib Pertama sehingga menyebabkan beberapa buah wilayah Islam dijajah, termasuklah Kota Suci Bait al-Maqdis.


Selepas 100 tahun, bala tentera Salib berjaya dikalahkan oleh kebangkitan semula umat Islam yang melangsungkan cahayanya yang tidak akan sekali-kali padam.


Umat Islam ditimpa bencana kemaraan kaum Tatar yang dipimpin oleh Genghis Khan dan selepas itu disambung oleh anak dan cucunya, termasuklah Hulagu Khan dan lain-lain yang terkenal dengan bangsa paling ganas. Keadaan tersebut telah menghancurkan Baghdad, ibu negara kerajaan Islam pada masa itu. Kemaraannya laksana taufan yang tidak boleh dihalang, bukan sahaja membunuh dengan ganas, malah membakar kitab-kitab pelbagai ilmu yang dikarang oleh para ilmuwan Islam.


Ketika kemaraan mereka dianggap mustahil untuk dihalang, tiba-tiba bala tentera Tatar berjaya dipatahkan oleh kebangkitan Islam, malah beberapa orang pemimpin kaum Tatar pula memeluk Islam. Berlaku perkara luar biasa apabila penjajah terpengaruh dengan umat yang dijajah, sedangkan jika menurut kebiasaan, semua rakyat terpengaruh dengan penjajah, tetapi tidak kepada Islam. Maka, cahaya Islam terus memancarkan petunjuknya ke seluruh pelosok dunia yang lebih luas.


Pada zaman mutakhir, umat Islam yang menghadapi fasa kelemahan dijajah serta seluruh pelosok dunia Islam ditakluk dan dibahagikan dalam kalangan negara penjajah timur dan barat, ketika tiada kuasa negara Islam yang kuat melindungi agama dan umatnya.


Islam dibelasah dari segenap penjuru, bahkan umatnya cuba dirosakkan daripada dalam dengan mencipta pelbagai agama baharu seperti Qadiani, Bahai, Islam Liberal, dan lain-lain.


Umat Islam juga dihanyutkan oleh ideologi yang dibawa masuk dalam suasana kejahilan umat, kelemahan para ulama’, serta kelalaian para pemimpin. Namun begitu, Islam tetap tidak boleh dipadamkan cahayanya kerana janji Allah SWT yang disebutkan sebelum ini serta firman-Nya:


﴿Ų„ِŁ†َّŲ§ Ł†َŲ­ۡŁ†ُ Ł†َŲ²َّŁ„ۡŁ†َŲ§ Ł±Ł„Ų°ِّŁƒۡŲ±َ ŁˆَŲ„ِŁ†َّŲ§ Ł„َŁ‡ُŪ„ Ł„َŲ­َٰŁِŲøُŁˆŁ†َŁ©﴾


“Sesungguhnya, Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Surah al-Hijr: 9)


Al-Quran sentiasa dipelihara bacaannya secara hafazan dan lafaznya dalam bahasa Arab yang tinggi dan fasih. Demikian jualah tulisan dan petunjuknya, sehingga al-Quran terpelihara tidak sepertimana kitab suci lain yang boleh diselewengkan.


Al-Quran ialah mukjizat ilmu yang tidak mampu disahut cabarannya. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT:


﴿ŁˆَŲ„ِŁ† ŁƒُŁ†ŲŖُŁ…ۡ ŁِŁŠ Ų±َŁŠۡŲØٖ Ł…ِّŁ…َّŲ§ Ł†َŲ²َّŁ„ۡŁ†َŲ§ Ų¹َŁ„َŁ‰ٰ Ų¹َŲØۡŲÆِŁ†َŲ§ ŁَŲ£ۡŲŖُŁˆŲ§ْ ŲØِŲ³ُŁˆŲ±َŲ©ٖ Ł…ِّŁ† Ł…ِّŲ«ۡŁ„ِŁ‡ِŪ¦ ŁˆَŁ±ŲÆۡŲ¹ُŁˆŲ§ْ Ų“ُŁ‡َŲÆَŲ§ٓŲ”َŁƒُŁ… Ł…ِّŁ† ŲÆُŁˆŁ†ِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų„ِŁ† ŁƒُŁ†ŲŖُŁ…ۡ ŲµَٰŲÆِŁ‚ِŁŠŁ†َŁ¢Ł£ ŁَŲ„ِŁ† Ł„َّŁ…ۡ ŲŖَŁۡŲ¹َŁ„ُŁˆŲ§ْ ŁˆَŁ„َŁ† ŲŖَŁۡŲ¹َŁ„ُŁˆŲ§ْ ŁَŁ±ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ْ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų±َ Ł±Ł„َّŲŖِŁŠ ŁˆَŁ‚ُŁˆŲÆُŁ‡َŲ§ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³ُ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ­ِŲ¬َŲ§Ų±َŲ©ُۖ Ų£ُŲ¹ِŲÆَّŲŖۡ Ł„ِŁ„ۡŁƒَٰŁِŲ±ِŁŠŁ†َŁ¢Ł¤﴾


“Dan jika kalian (tetap) dalam keraguan tentang al-Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah satu surah (saja) yang semisal al-Quran itu dan ajaklah penolong-penolong kalian selain Allah, jika kalian orang-orang yang benar. (23); Maka, jika kalian tidak dapat membuat(nya) – dan pasti kalian tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah diri kalian daripada neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir. (24).” (Surah al-Baqarah: 23-24)


Sabda Rasulullah SAW:


‌Ł„َŲ§ ‌ŲŖَŲ²َŲ§Ł„ُ ‌Ų·َŲ§Ų¦ِŁَŲ©ٌ ‌Ł…ِŁ†ْ ‌Ų£ُŁ…َّŲŖِŁŠ ‌ŲøَŲ§Ł‡ِŲ±ِŁŠŁ†َ ‌Ų¹َŁ„َŁ‰ ‌Ų§Ł„ْŲ­َŁ‚ِّ، ‌Ł„َŲ§ ‌ŁŠَŲ¶ُŲ±ُّŁ‡ُŁ…ْ ‌Ł…َŁ†ْ ‌Ų®َŲ°َŁ„َŁ‡ُŁ…ْ، Ų­َŲŖَّŁ‰ ŁŠَŲ£ْŲŖِŁŠَ Ų£َŁ…ْŲ±ُ Ų§Ł„Ł„Ł‡ِ ŁˆَŁ‡ُŁ…ْ ŁƒَŲ°َŁ„ِŁƒَ.


“Akan sentiasa ada dalam kalangan umatku, satu kumpulan yang zahir menegakkan kebenaran (Islam). Mereka tidak mampu dimudaratkan oleh sesiapa yang mengecewakannya. Sehinggalah datangnya ketentuan Allah, mereka tetap berada dalam keadaan sebegitu.” (Riwayat Muslim 1920)


Kini, kita menyaksikan Islam terus berkembang dan masih ada orang yang menerimanya ketika ajaran yang lain mengalami kegagalan, malah ada yang telah tersungkur negaranya dan ada pula yang sedang menunjukkan tanda-tanda kejatuhannya. Islam tetap terus berkembang, termasuk dalam negara yang paling bermusuh terhadapnya dan paling kejam kepada penganutnya.


Firman Allah SWT:


﴿ŁˆَŁ‚َŲÆۡ Ł…َŁƒَŲ±ُŁˆŲ§ْ Ł…َŁƒۡŲ±َŁ‡ُŁ…ۡ ŁˆَŲ¹ِŁ†ŲÆَ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł…َŁƒۡŲ±ُŁ‡ُŁ…ۡ ŁˆَŲ„ِŁ† ŁƒَŲ§Ł†َ Ł…َŁƒۡŲ±ُŁ‡ُŁ…ۡ Ł„ِŲŖَŲ²ُŁˆŁ„َ Ł…ِŁ†ۡŁ‡ُ Ł±Ł„ۡŲ¬ِŲØَŲ§Ł„ُŁ¤Ł¦ ŁَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ­ۡŲ³َŲØَŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł…ُŲ®ۡŁ„ِŁَ ŁˆَŲ¹ۡŲÆِŁ‡ِŪ¦ Ų±ُŲ³ُŁ„َŁ‡ُŪ„ٓۚ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų¹َŲ²ِŁŠŲ²ٞ Ų°ُŁˆ Ł±Ł†ŲŖِŁ‚َŲ§Ł…ٖŁ¤Ł§﴾


“Dan sesungguhnya, mereka telah membuat makar (perancangan) yang besar, padahal di sisi Allah jualah (balasan) makar mereka itu. Dan sesungguhnya, makar mereka itu (amat besar) sehingga gunung-ganang dapat lenyap kerananya. (46); Kerana itu, janganlah sekali-kali kalian mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada para rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan. (47).” (Surah Ibrahim: 46-47)


Pihak Barat mengambil ilmu duniawi daripada Tamadun Islam dengan memisahkannya daripada prinsip Islam. Walaupun ia memberikan kemajuan sains dan teknologi yang tinggi kepada Barat, tiba-tiba akhirnya membakar diri mereka sendiri akibat bernafsu tanpa hidayah Allah SWT.


Kita juga menyaksikan umat Islam muncul semula di negara bekas jajahan komunis yang tersungkur ideologi dan lemah Islamofobianya. Begitu juga negara Barat yang dihantui Islamofobia gagal di Afghanistan dan Iraq kerana kegagalan senjatanya yang ganas.


Seterusnya, kita meyakini bahawa negara haram Israel yang diwujudkan dan menjadi barah di Asia Barat juga akan kecundang dan hilang. Maka, masa depan masih ada lagi kepada umat Islam.


ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS


Bertarikh: 6 Rabi’ul Awwal 1443 / 13 Oktober 2021



............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo