NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanya lengkap vaksin dibenar tunai umrah


10 OKT: Hanya individu lengkap divaksin dibenarkan menunaikan umrah dan melawat Masjidilharam dan Masjid Nabawi, berkuat kuasa hari ini.

Kementerian Umrah dan Haji Arab Saudi juga membenarkan mereka yang disahkan diberi pengecualian daripada mengambil vaksin mengikut aplikasi Tawakkalna, juga dibenarkan melawat dua masjid suci di Mekah dan Madinah.

Peraturan baharu yang berkuat kuasa hari ini dibuat sebagai langkah pencegahan untuk membendung penyebaran virus COVID-19 termasuk varian Delta, lapor agensi berita ArabNews.

Mereka yang sudah membuat tempahan dan mempunyai permit untuk menunaikan umrah atau mengunjungi dua masjid suci tetapi belum lengkap vaksin hendaklah mendapatkan suntikan dos kedua dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh ditetapkan dalam permit bagi mengelak pembatalan.

Setakat ini, kerajaan Arab Saudi sudah memberi suntikan vaksin lebih 43.1 juta dos dan empat vaksin yang digunakan iaitu Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, dan Moderna.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi sebelum ini melaporkan mereka yang sudah lengkap divaksin dengan Sinopharm atau Sinovac juga boleh diterima dengan syarat mereka sudah mengambil dos penggalak yang dipersetujui kerajaan.

http://www.pnbbcportal.com/2021/10/10/hanya-lengkap-vaksin-dibenar-tunai-umrah/

............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo