NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakwaan keluar WARISAN hanya spekulasi- Yusof Yacob



3 OKT : Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Dr. Yusof Yacob menafikan dakwaan beliau telah keluar parti.

Laporan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin ini keluar WARISAN mula tular sejak semalam.

Bagaimanapun, beliau ketika dihubungi Utusan Borneo menjelaskan, perkara itu hanya spekulasi dan sebarang keputusan mengenai perkara itu hanya akan diumumkan nanti.

“Itu hanya spekulasi, sebarang perkembangan saya akan umumkan kemudian.

“Saya akan mengadakan sidang media pada Jumaat depan selepas sembahyang Jumaat mungkin di sini (Kota Kinabalu),” katanya bagi menjawab laporan mengenai dirinya keluar WARISAN, hari ini.

Dalam pada itu, Naib Presiden WARISAN Datuk Jaujan Sambakong menganggap laporan berhubung Yusof meninggalkan WARISAN hanya bersifat khabar angin.
Menurutnya, sebagai pemimpin yang berpengalaman, Yusof tidak akan mengambil keputusan secara terburu-buru terutama untuk keluar meninggalkan parti.

Beliau turut menjelaskan Yusof ada bersamanya ketika laporan terbabit mula tular dan isu mengenai keluar parti langsung tidak dibangkitkan.

Jaujan berkata, Yusof ada memberi pandangan kepada parti dan perkara itu turut diberi perhatian kerana Yusof mempunyai hak untuk memberi pandangan kepada parti.
Pihaknya percaya, tidak semudah itu untuk Yusof meninggalkan parti.

Terdahulu, sumber terdekat kepada Yusof memaklumkan mengenai keputusan ADUN Sindumin itu untuk meninggalkan WARISAN dan mahu menjadi ADUN Bebas demi kepentingan rakyat di di kawasannya.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo